Latihan 'Kerjasama Maritim-2026' China-Singapura Dijadual Diadakan Awal September

(CRI)Khamis 03 September 2026

China dan Singapura akan menjalankan latihan bersama tentera laut di bawah 'Kerjasama Maritim-2026' di kawasan perairan laut dan udara berhampiran bandar Zhanjiang, provinsi Guangdong pada awal September.

Latihan tersebut termasuk tembakan langsung, bekalan maritim, serta operasi mencari dan menyelamat.

Ia bertujuan untuk meningkatkan rasa saling percaya antara satu sama lain, memperkasa kerjasama praktikal, sekali gus menaik taraf kemampuan bersama bagi memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan