Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-61 Republik Singapura

(CRI)Ahad 09 Ogos 2026

Presiden China Xi Jinping mengucap tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura Tharman Shanmugaratnam sempena ulang tahun ke-61 republik itu.

Xi berkata sejak penubuhan republik pada 61 tahun lalu, Singapura melakar pencapaian memberangsangkan dalam pembangunan sosioekonomi.

China dan Singapura merupakan jiran bersahabat, kata Xi sambil menambah bahawa beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dengan Singapura, dan sedia bersama-sama Presiden Tharman untuk mengukuhkan komunikasi strategik serta membimbing perkongsian berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi melonjak ke tahap baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan