PM Li Qiang akan Hadir Siri Mesyuarat di Malaysia, Lawat Singapura

(CRI)Sabtu 25 Oktober 2025

Atas undangan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi ke negara itu pada 25 hingga 26 Oktober.

Selain itu, atas undangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Li Qiang akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin China-ASEAN ke-28, Mesyuarat Pemimpin ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-28, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20, serta Mesyuarat Pemimpin Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ke-5 yang diadakan di Malaysia pada 27 hingga 28 Oktober.

Video

Berita Berkaitan