China Komited Perkasa Keterbukaan Bertaraf Tinggi

(CRI)Isnin 27 Oktober 2025

Perdana Menteri Li Qiang mengulangi komitmen China untuk memantapkan keterbukaan bertaraf tinggi dan terus melonggarkan akses pasaran.

Beliau membuat kenyataan itu ketika menghadiri sesi Meja Bulat Perniagaan Singapura-China, di Singapura pada Ahad.

Li berkata kolaborasi antara China dengan Singapura akan terus dipertingkat dengan memperlihatkan ciri-ciri baharu.

Perkara itu memerlukan usaha bersama komuniti perniagaan kedua-dua negara, sekali gus membawa peluang pembangunan baharu kepada syarikat berkenaan.

Beliau turut berjanji bahawa China akan terus menambah baik persekitaran perniagaan, memastikan syarikat tempatan dan asing menikmati layanan yang sama serta menyokong syarikat berkenaan meraih lebih banyak kemajuan.

Video

Berita Berkaitan