- Lain-lain
Kehadiran Presiden Xi pada Sidang Kemuncak SCO 2026 dan Lawatan ke Kyrgyzstan dan Mesir Signifikan - Wang Yi
Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Asia Tengah dan Asia Barat baru-baru ini mempunyai makna yang signifikan dalam mencapai konsensus kerjasama dan memperbaiki tadbir urus global.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi berhubung kehadiran Xi dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2026 dan lawatan negara ke Kyrgyzstan dan Mesir dari 30 Ogos hingga 3 September.
Beliau berkata, lawatan yang menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini dianggap sebagai respon kepada harapan dunia untuk kedamaian, kestabilan dan pembangunan dalam mendepani dunia yang tidak menentu.
Wang Yi berkata, sempena ulang tahun ke-105 Parti Komunis China (PKC) dan tahun permulaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China, lawatan Xi memacu kemakmuran negara-negara serantau melalui pembangunan berkualiti tinggi China, serta menjaga keamanan dunia melalui konsensus untuk memperbaiki tadbir urus global.
Ia sekaligus memperlihatkan hasrat PKC demi kebahagiaan rakyat dan kebangkitan bangsa China, malah untuk kemajuan umat manusia dan keharmonian dunia.
- Xi Jinping Pulang ke Beijing, Selesai Lawatan Rasmi di Kyrgyzstan dan Mesir
- SCO Main Peranan Konstruktif Pacu Pembangunan Serantau ke Arah Lebih Berkualiti
- Xi Hadiri Mesyuarat "SCO Plus" di Bishkek
- Xi Tamatkan Penyertaan dalam Sidang Kemuncak SCO dan Lawatan di Kyrgyzstan
- Peng Liyuan Hadiri Acara untuk Pasangan Pemimpin semasa Sidang Kemuncak SCO
- Xi Hadiri Mesyuarat Ke-26 Majlis Ketua Negara-Negara SCO
- Xi Jinping Bertemu dengan Vladimir Putin
- Xi Jinping Bertemu dengan Ukhnaa Khurelsukh
- Xi Jinping Bertemu dengan Shavkat Mirziyoyev
- Xi Jinping dan Presiden Kyrgyzstan Adakan Pertemuan di Bishkek




