- Lain-lain
China, ASEAN Lakar Haluan Baharu Pembangunan Serantau

Foto dron bertarikh 13 Jun 2024 ini menunjukkan sebuah kapal kargo yang datang melalui Pelabuhan Kuantan, Malaysia, menurunkan muatan di Pelabuhan Qinzhou, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Xinhua/Zhang Ailin)
Bertepatan dengan ulang tahun ke-59 ASEAN pada Sabtu lalu, tahun ini juga genap 35 tahun China dan ASEAN menjalin hubungan dialog, serta lima tahun perkongsian komprehensif strategik dua hala. Berlatarbelakangkan situasi global yang semakin tidak pasti, penganalisis menganggap kedua-dua pihak mendapat untung dengan mengekalkan momentum kerjasama yang positif.
Semasa pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Manila pada hujung Julai, Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn menyifatkan ASEAN dan China sebagai jiran yang tidak dapat dipisahkan, dan China ialah rakan kongsi strategik komprehensif yang paling penting buat ASEAN. Kedua-dua pihak telah menjalin 65 mekanisme kerjasama setakat ini.

Foto bertarikh 16 April 2026 ini menunjukkan bahagian dalam Stesen Luang Prabang Rel China-Laos di Luang Prabang, Laos. (Xinhua/Chen Yichen)
Kerjasama praktikal telah diperluas dengan ketara, dengan projek-projek prasarana seperti Rel China-Laos. Pada 2025, perdagangan bilateral telah melebihi 1 trilion dolar AS.
Perkongsian ini juga telah menampakkan manfaatnya ketika berlaku krisis, contohnya bantuan kecemasan yang segera dihantar oleh China selepas gempa di Myanmar dan Filipina. Keakraban juga dapat dilihat dalam pertukaran orang ke orang yang cukup dinamik.

Seorang pelanggan memilih durian di sebuah pasar raya di Nanning, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, 2 Mei 2026. (Xinhua/Zhao Huan)
Seterusnya, China dan ASEAN diharap dapat memainkan peranan yang lebih penting sebagai kuasa-kuasa utama di Selatan Global sekali gus menyuntik kestabilan dan momentum pertumbuhan di dunia yang bergolak, sebagaimana pakar bersependapat. Bidang seperti peralihan hijau, pendigitalan, dan tadbir urus iklim menawarkan peluang baharu untuk kolaborasi.
Memetik Kao lagi, beliau menegaskan bahawa ketersambungan hati ke hati dan rasa saling percaya kekal penting demi masa depan ikatan ini.
- Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Tumpu Pendidikan Digital
- "Dialog Pelancongan China-ASEAN" Terokai Laluan Baharu Kerjasama Pelancongan
- Kerjasama Saling Menguntungkan China-ASEAN Berada di Tahap Terbaik
- Wang Yi Kemuka Empat Cadangan Dalam Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN di Manila
- Hasil Tinjauan Perspektif China terhadap ASEAN Diumumkan
- Perdagangan China-ASEAN Meningkat Mantap pada Separuh Pertama 2026
- Kumpulan Pemikir Pertahanan China, ASEAN Berkumpul di Kunming Bulan Depan
- Ekspo China-ASEAN ke-23 Tumpukan pada Perkongsian Peluang Baharu
- Setiausaha Agung ASEAN: Perlunya Perkongsian ASEAN-China Lebih Kukuh
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Aroma Kelapa Thailand Seberangi Gunung dan Laut




