- Lain-lain
Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Tumpu Pendidikan Digital
Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN 2026 selama enam hari berlangsung di bandar Guiyang, provinsi Guizhou bermula 28 Julai, dengan fokus utama tertumpu kepada bidang pendidikan digital, pendidikan vokasional dan pertukaran belia.
Program pembinaan kapasiti pendidikan pintar China-ASEAN yang diketengahkan Kementerian Pendidikan China dilancarkan sempena majlis perasmian aktiviti berkenaan.

Program itu bertujuan membantu meningkatkan kemahiran guru, pelajar dan pengurus pendidikan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) menerusi pelaksanaan bengkel, sesi latihan, kem musim panas dan musim sejuk.
Majlis itu juga menyaksikan Pusat Pembinaan Kapasiti Digital Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) China-ASEAN di Thailand dilancarkan secara rasmi.
Pusat tersebut merupakan platform pemerkasaan digital pendidikan vokasional kedua di rantau ASEAN. Bersama dengan pusat sedia ada di Malaysia, ia membolehkan pembangunan kursus bersama, pertukaran warga didik dan perkongsian hasil penyelidikan sesama negara.
Pada masa sama, skim pengiktirafan bersama antarabangsa mengenai hasil pembelajaran pendidikan vokasional (IMRVELO) turut disiarkan, dengan 34 bidang vokasional dipilih sebagai kumpulan pertama bagi pelaksanaan fasa percubaan inisiatif tersebut.
- "Dialog Pelancongan China-ASEAN" Terokai Laluan Baharu Kerjasama Pelancongan
- Kerjasama Saling Menguntungkan China-ASEAN Berada di Tahap Terbaik
- Wang Yi Kemuka Empat Cadangan Dalam Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN di Manila
- Hasil Tinjauan Perspektif China terhadap ASEAN Diumumkan
- Kumpulan Pemikir Pertahanan China, ASEAN Berkumpul di Kunming Bulan Depan
- Setiausaha Agung ASEAN: Perlunya Perkongsian ASEAN-China Lebih Kukuh
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Aroma Kelapa Thailand Seberangi Gunung dan Laut
- Bagaimana Buah-buahan ASEAN Merentas Ribuan Batu ke China
- Diplomat ASEAN Nantikan Peluang Kongsi Pasaran dengan China
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Cita Rasa Terunggul Durian Malaysia




