SCO Tidak Menyasar Mana-mana Negara dan Pertubuhan Antarabangsa: Sodiq Safoyev

(CRI)Isnin 07 September 2026

Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) bukan blok yang menyasar mana-mana negara dan pertubuhan antarabangsa, kata Timbalan Pengerusi Pertama Senat Oliy Majlis Uzbekistan, Sodiq Safoyev.

Menurut beliau, matlamat SCO adalah untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa, mengumpul kekuatan pelbagai negara dan bersama-sama menghadapi pelbagai cabaran global.

Safoyev berkata SCO mengamalkan kaedah kerjasama multilateral yang serba baharu sejak ditubuhkan pada awal abad ke-21.

"Kami dengan bangganya menyebut ia sebagai 'Semangat Shanghai' yang menyaksikan negara-negara besar dan kecil membentuk hubungan kerjasama model baharu.

"Oleh itu, sejak awal lagi kami amat mementingkan perkongsian dalam SCO," katanya dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Tambah beliau, SCO pada awalnya menumpu kepada dua tonggak utama iaitu keselamatan dan ekonomi. Pertubuhan itu kemudian memperluas kerjasama ke bidang-bidang lain seperti pertukaran sosiobudaya, pendidikan dan perlindungan alam sekitar, sekali gus menarik perhatian semakin banyak negara di dunia.

Safoyev turut menganggap hubungan antara Uzbekistan dan China bertambah kukuh apabila ikatan bilateral ditingkatkan kepada perkongsian strategik komprehensif sepanjang masa untuk era baharu pada 2024.

Menurut beliau, hubungan antara kedua-dua negara mempunyai asas yang kukuh dan dijalin berdasarkan prinsip dan nilai bersama.

Video

Berita Berkaitan