Latihan Bersama 'Kerjasama Maritim-2026' China-Singapura Buka Tirai

(CRI)Ahad 06 September 2026

Latihan bersama tentera laut di bawah 'Kerjasama Maritim-2026' China-Singapura telah membuka tiranya di sebuah pelabuhan tentera di bandar Zhanjiang provinsi Guangdong pada pagi Sabtu.

Latihan kali ini diadakan di kawasan laut dan udara berhampiran Zhanjiang.

Kedua-dua pihak masing-masing menghantar satu kapal untuk menyertai latihan kali ini, iaitu kapal pengawal Dali dari China yang dilengkapi peluru berpandu, dan kapal pengawal 'Steadfast' dari Singapura.

Ini merupakan latihan tentera laut kali kelima yang diadakan bersama oleh China dan Singapura.

Tentera laut kedua-dua negara sentiasa memperdalam interaksi dan kolaborasi dalam latihan ketenteraan bersama serta bidang yang lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia sekali gus membantu mengukuhkan kesalingperayaan antara satu sama lain dan memperkasakan kerjasama dalam bidang substantif.

Video

Berita Berkaitan