China, Laos Adakan Latihan Bersama Bantuan Perubatan Kemanusiaan

(CRI)Isnin 07 September 2026

Pasukan perubatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) tiba di Vientiane, Laos pada Ahad bagi menyertai latihan bersama bantuan perubatan kemanusiaan "China-Laos Peace Train 2026".

Pasukan tersebut akan bersama-sama pasukan perubatan tentera Laos menjalankan latihan dan perkhidmatan perubatan selama 17 hari.

Selepas latihan selesai, pasukan perubatan China turut akan menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada penduduk tempatan, termasuk rawatan perubatan dan syarahan akademik.

Timbalan Ketua Jabatan Logistik Am Tentera Rakyat Laos Brigedier Jeneral Phoxay Inthavong berkata bencana alam kini berlaku dengan lebih kerap dan membawa kemusnahan yang serius, sekali gus mengancam keselamatan nyawa serta harta benda rakyat Laos dan negara-negara lain di dunia.

Justeru latihan bersama ini amat signifikan dan kedua-dua negara akan saling belajar dan bertukar-tukar pengalaman dalam operasi menyelamat ketika menghadapi bencana alam.

Video

Berita Berkaitan