China, Laos Capai Lonjakan Besar dalam Hubungan Dua Hala

(CRI)Ahad 07 Jun 2026

Lawatan rasmi dilakukan Presiden Laos Thongloun Sisoulith ke China selama lima hari disahut baik oleh pelbagai pihak.

Pemimpin kedua-dua negara sepakat melonjakkan lagi hubungan bilateral dan membina komuniti berkongsi nasib sepanjang masa pada era baharu.

Menurut penganalisis, keputusan berkenaan diyakini akan memantapkan lagi hubungan China-Laos dan menggerakkan usaha pemodenan dua negara ke fasa baharu, sekali gus menjadi model dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Ketika bertemu Thongloun, Presiden Xi Jinping memberi penekanan terhadap empat perkara, iaitu mengekalkan laluan sosialis, membina asas kukuh untuk kerjasama saling untung, mempererat ikatan persahabatan tradisional dalam kalangan rakyat serta mempertingkat penyelarasan dasar luar.

Penganalisis berkata, perspektif berkenaan memperjelas pendekatan ke arah membina komuniti berkongsi nasib China-Laos sepanjang masa pada era baharu, dan memberikan panduan strategik untuk menyingkap lembaran baharu hubungan dua hala.

Sepanjang pertemuan, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menaik taraf kerjasama berkaitan Koridor Ekonomi China-Laos, mempercepat kesalinghubungan landasan kereta api China-Laos-Thailand, selain memperkukuh kerjasama dalam bidang tradisional seperti pertanian dan tenaga elektrik sambil meneroka bidang memuncul termasuk kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.

Lonjakan besar bagi hubungan China-Laos bukan sahaja memfokuskan kepada pembangunan kedua-dua negara sendiri, tetapi juga komited memberi manfaat kepada dunia.

Dua negara itu menekankan kepentingan untuk bersama-sama mempertahankan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa, menyokong dunia multipolar yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum dan manfaat bersama, di samping mendorong pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah.

Ini sudah tentu merupakan berita baik bagi keamanan dan pembangunan serantau dan dunia.

Video

Berita Berkaitan