- Lain-lain
China, Laos Ikrar Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa pada Era Baharu

China bersedia bersinergi dengan Laos untuk melonjakkan lagi hubungan dua hala dan membina komuniti berkongsi nasib sepanjang masa pada era baharu.
Perkara itu dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith di Beijing pada Jumaat.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) turut mengemukakan saranan bagi memantapkan lagi hubungan antara China dengan Laos.
Beliau menyarankan supayakedua-dua pihak memperdalam perkongsian pengalaman berhubung pentadbiran Parti dan negara, di samping memperkasa kerjasama penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Xi berkata kedua-dua pihak hendaklah mempergiat kerjasama berkaitan Koridor Ekonomi China-Laos, selain mempercepat kesalinghubungan landasan kereta api antara China, Laos dan Thailand.
Menurut beliau, China dan Laos perlu memperkukuh kerjasama dalam bidang tradisional seperti pertanian dan tenaga elektrik sambil meneroka kerjasama dalam bidang memuncul termasuk kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.
Beliau turut menyarankan agar kedua-dua pihak memperkukuh persahabatan sesama rakyat dan meningkatkan penyelarasan dasar luar.
Sementara itu, Thongloun yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) berkata pihaknya bersedia memperkukuh kesalingpercayaan politik bertaraf tinggi dengan China, merapatkan kerjasama dalam bidang pertahanan, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan, di samping bersinergi membanteras kegiatan perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi.
Tambah beliau, Laos juga komited memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, pelaburan, perlombongan, tenaga bersih, ekonomi digital, pertanian moden dan alam sekitar, selain memperkasa pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.







- Presiden Laos Tiba di Beijing Teruskan Lawatan Rasmi
- Presiden Laos Mulakan Lawatan Rasmi ke China
- Aliran Penumpang Rentas Sempadan Rel China-Laos Meningkat
- Pemimpin Tertinggi Laos Thongloun Sisoulith Dijadual Lawat China
- Tren Penumpang China-Laos Kendali 100,000 Larian
- Rel China-Laos Rekod Hantaran Buah Segar Lebihi 100,000 Tan
- Xi, Thongloun Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 65 Tahun Ikatan Diplomatik
- China, Laos Sepakat Perkasa Kerjasama Sempadan
- China, Laos Dorong Kerjasama Tenaga dengan Talian 500-kV Baharu
- Xi Terima Kunjungan Utusan Khas Pemimpin Laos




