- Lain-lain
Projek Naik Taraf Sekolah Laos Bantuan China Bermula

Wakil dari China dan Laos menghadiri majlis pecah tanah projek bantuan China untuk penaiktarafan dan pembaikpulihan Sekolah Menengah Savannakhet di wilayah Savannakhet, Laos, 14 Ogos 2026. (Foto oleh Wang Yuping/Xinhua)
Satu majlis pecah tanah projek bantuan China untuk penaiktarafan dan pembaikpulihan Sekolah Menengah Savannakhet di selatan Laos telah berlangsung pada Jumaat lalu.
Wakil jabatan kerajaan dan syarikat China dan Laos menghadiri majlis, bersama-sama meletakkan batu asas projek tersebut.
Dalam ucapannya, Timbalan Menteri Pendidikan dan Sukan Laos Kingmano Phommahaxay menyatakan bahawa projek ini akan menambah baik prasarana Sekolah Menengah Savannakhet dengan ketara, sekali gus menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selamat dan moden. Katanya, projek terbabit merupakan antara hasil usaha membina komuniti China-Laos yang berkongsi masa depan.
Li Xizhen, kaunselor ekonomi dan perniagaan Kedutaan China di Laos pula menyatakan, Sekolah Menengah Savannakhet merupakan satu daripada 10 sekolah di Laos yang menerima bantuan China. Selepas siap dilaksanakan, projek ini akan membekali pelajar di wilayah Savannakhet dengan suasana pembelajaran lebih maju dan moden, yang akan turut membantu Laos mengasah lebih banyak bakat cemerlang.
Projek penaiktarafan dan pembaikpulihan kali ini melibatkan pembinaan seluas kira-kira 6,000 meter persegi. Antaranya termasuk bangunan pengajaran moden, bangunan pejabat, dewan sukan dalam bangunan, serta kemudahan pengajaran sokongan yang berkaitan. Ini akan meningkatkan keadaan pendidikan dan operasi sekolah itu dari asasnya.
- Presiden Laos Tiba di Beijing Teruskan Lawatan Rasmi
- China, Laos Sepakat Perkasa Kerjasama Sempadan
- Xi, Thongloun Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 65 Tahun Ikatan Diplomatik
- Kapal Hospital "Silk Road Ark" Berjaya Selesaikan Misi Kemanusiaan Antarabangsa
- Rel China-Laos Rekod Hantaran Buah Segar Lebihi 100,000 Tan
- Tren Penumpang China-Laos Kendali 100,000 Larian
- Pemimpin Tertinggi Laos Thongloun Sisoulith Dijadual Lawat China
- Aliran Penumpang Rentas Sempadan Rel China-Laos Meningkat
- Presiden Laos Mulakan Lawatan Rasmi ke China
- China Hantar Pasukan Pakar Perubatan ke DR Congo
- Syarikat China di Colombia Kerahkan Pasukan Jentera Bantu Operasi SAR
- China, Laos Ikrar Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa pada Era Baharu
- China, Laos Capai Lonjakan Besar dalam Hubungan Dua Hala
- Landasan Kereta Api China-Laos Beri Manfaat kepada Pembangunan Laos
- China Terus Hulurkan Bantuan Kemanusiaan kepada DR Congo, Uganda dan AU Tangkis Ebola
- China Hantar Barang Bantuan Kumpulan Pertama ke Venezuela
- Dua Pakar China Berlepas ke Uganda Bantu Cegah dan Kawal Wabak Ebola
- Kapal Hospital Tentera China Mulakan Misi Kemanusiaan ke Afrika dan Asia Selatan
- China Sedia Beri Sokongan Berterusan Tangani Wabak Ebola
- China Sedia Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Colombia




