'Diplomasi Dolar' Pentadbiran Lai Bazir Duit Rakyat Taiwan: MFA

(CRI)Khamis 04 Jun 2026

Perhubungan dengan pemisah 'kemerdekaan Taiwan' tidak ada masa hadapan, tegas jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Mao Ning pada Rabu.

Mao berkata tindakan seumpama hanya akan menyebabkan negara berkenaan terlepas peluang pembangunan serta menjadi semakin terasing di peringkat antarabangsa.

Dilaporkan, pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) memperuntukkan dana sebanyak kira-kira 25 bilion NT dolar (RM3.19 bilion) kepada Eswatini.

Eswatini merupakan satu-satunya negara di Afrika yang masih mengekalkan 'hubungan diplomatik' dengan Taiwan.

Mao menegaskan bahawa prinsip satu China merupakan konsensus masyarakat antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa.

Beliau turut mengkritik 'diplomasi dolar' yang diamalkan pentadbiran Lai Ching-te demi mengejar 'kemerdekaan Taiwan' telah membazirkan duit rakyat Taiwan.

Video

Berita Berkaitan