Beijing Kecam Dakwaan Barat Berhubung Rondaan Penguatkuasaan Maritim di Timur Taiwan

(CRI)Jumaat 03 Julai 2026

Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China membidas kenyataan beberapa negara barat yang menyuarakan kebimbangan terhadap rondaan penguatkuasaan yang dilakukan Pengawal Pantai China (CCG) di perairan timur Pulau Taiwan.

Dalam sidang media pada Khamis, jurucakap pejabat berkenaan Zhu Fenglian mengulas laporan media tentang kenyataan Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Jerman yang menunjukkan kebimbangan mereka terhadap operasi penguatkuasaan tersebut, yang turut dijadikan publisiti murahan oleh pihak berkuasa hal ehwal luar Taiwan.

Menurut Zhu, pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) bukan sahaja berkompromi dan berundur dalam isu melibatkan Jepun dan Filipina, malah turut menyokong tindakan kuasa luar yang didakwa mencabuli hak China.

Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja menjejaskan kepentingan keseluruhan bangsa China, kepentingan bersama rakyat di kedua-dua belah Selat Taiwan, serta kepentingan nelayan Taiwan.

Video

Berita Berkaitan