Suria Sumber Tenaga Utama China dari Segi Kapasiti Terpasang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 22 September 2026

Foto menunjukkan tapak projek perikanan dan fotovolta yang saling melengkapi di ladang garam Qingkou, Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China. (Foto/Si Wei)

Foto menunjukkan tapak projek perikanan dan fotovolta yang saling melengkapi di ladang garam Qingkou, Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China. (Foto/Si Wei)

Kapasiti suria terpasang China mendahului arang untuk kali pertama pada hujung Julai lalu, menjadikannya sumber tenaga terbesar negara dari segi kapasiti terpasang.

Menurut data Pentadbiran Tenaga Negara (NEA) pada 1 September, setakat akhir Julai, kapasiti suria terpasang China telah mencecah 1.286 bilion kilowatt, melebihi kapasiti arang pada 1.285 bilion. Fotovolta (PV) mewakili 31.5 peratus daripada seluruh kapasiti jana kuasa terpasang negara.

Dilihat secara menyeluruh, 1.286 bilion kilowatt ini hampir sama dengan kapasiti 57 buah Empangan Tiga Gaung. Kapasiti suria China juga terbesar di dunia, mendahului bukan sahaja AS, India dan Jerman, malahan jumlah keseluruhan Kesatuan Eropah.

Perkembangan semasa merupakan hasil pertumbuhan pesat tiga tahun. Setakat pertengahan 2023, kapasiti tenaga boleh baharu terpasang China telah melebihi kuasa berasaskan arang untuk kali pertama dengan rekod 1.322 bilion kilowatt atau 48.8 peratus jumlah negara. Menjelang suku pertama 2025, kapasiti terpasang kuasa angin dan suria telah meningkat kepada 1.382 bilion kilowatt ­– 536 juta dijana angin dan 946 juta dijana suria – melebihi kapasiti kuasa arang.

Foto menunjukkan pemandangan pangkalan tenaga baharu Shuofang di Gurun Kubuqi, Hangjin banner, wilayah autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Xinhua/Li Zhipeng)

Foto menunjukkan pemandangan pangkalan tenaga baharu Shuofang di Gurun Kubuqi, Hangjin banner, wilayah autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Xinhua/Li Zhipeng)

“Kapasiti terpasang tidak sama dengan kemampuan jana kuasa sebenar,” jelas Liu Zhiqiang, timbalan pengarah jabatan perancangan dan pembangunan Majlis Elektrik China. Kuasa suria masih lagi sekejap ada sekejap tiada, bergantung pada cahaya matahari dan cuaca. Masa penggunaannya masih jauh di belakang kuasa arang.

Namun begitu, kemajuan pesat yang disaksikan sektor kuasa suria mencerminkan komitmen China yang tidak goyah untuk merealisasikan peralihan ke arah yang lebih hijau dan karbon rendah.

“Sebagai negara membangun terbesar dunia, kapasiti kuasa suria terpasang yang mendahului kapasiti kuasa arang memperlihatkan tekad China serta hasilnya dalam usaha menangani perubahan iklim dan beralih kepada tenaga lebih bersih,” ujar Liu.

Video

Berita Berkaitan