- Lain-lain
Jana Kuasa Elektrik Projek Tenaga Angin Luar Pesisir China Melebihi 10 Bilion kWj

Projek tenaga angin Rudong telah menjana tenaga elektrik sebanyak lebih 10 bilion kilowatt-jam (kWh), menurut pihak pengendalinya China Three Gorges Corporation (CTG), pada Selasa.
Projek Rudong merupakan projek tenaga angin luar pesisir pertama yang menggunakan teknologi penghantaran VSC-HVDC 800 megawatt di rantau Asia.
Pengoperasian projek Rudong memberikan verifikasi praktikal bagi penggunaan secara berskala besar teknologi penghantaran VSC-HVDC janakuasa tenaga angin luar pesisir yang berkapasiti tinggi dan jarak jauh.

Projek Rudong yang terletak di perairan Huangshayang, luar pesisir kaunti Rudong, provinsi Jiangsu, timur China mula beroperasi dan disambungkan ke grid tenaga pada tahun 2021.
Penghantaran VSC-HVDC boleh diibaratkan sebagai "arteri utama penghantaran elektrik pintar" untuk menghantar tenaga angin laut.
Teknologi ini bukan sahaja mampu membawa tenaga elektrik berkuasa tinggi dalam jarak jauh, malah juga secara aktif menstabilkan fluktuasi keluaran tenaga angin yang tidak menentu hingga memastikan sambungan tenaga yang stabil ke grid.
Setakat ini, projek tersebut telah beroperasi selama 1,600 hari dalam keadaan selamat dan stabil, dengan kadar kebolehgunaan peralatan mencapai 99.5 peratus.
- Bekalan Gas Asli dari Ladang Minyak Tarim Melebihi 400 bilion Meter Padu
- Ladang Kuasa Angin Luar Pesisir Jiangsu Jalani Penyenggaraan
- Projek Fotovoltaik Terbesar di Asia Tenggara Dibina China Mula Beroperasi di Laos
- Kapasiti Simpanan TBB China Dijangka Melebihi 370 juta Kilowatt Menjelang 2030
- Turbin Angin Luar Pesisir 20 Megawatt Pertama di Dunia Mula Beroperasi di China
- Kapasiti Penjanaan Elektrik Negara 3.89 Bilion Kw Setakat Akhir 2025
- Lima Tahun Beroperasi, Projek Tiga Gaung Jana Lebih 423 Bilion kWh Elektrik
- Projek Penghantaran Kuasa Xinjiang ke Chongqing Hantar Lebih 4.7 bilion kWh
- Pertambahan Kapasiti Janakuasa Tenaga Boleh Baharu di China Naik 99.3 Peratus
- PM Li Beri Penekanan Terhadap Pelaksanaan Projek Utama Negara yang Berkualiti Tinggi




