- Lain-lain
Masyarakat Antarabangsa Diseru Perkuat Tadbir Urus Sumber Semula Jadi

Masyarakat antarabangsa diseru memperkuat tadbir urus sumber semula jadi dan mengekalkan kestabilan rantaian bekalan sumber global.
Demikian dinyatakan Pemangku Duta Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sun Leipada sesi debat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai "Tadbir Urus Sumber Semula Jadi - Asas Keamanan, Keselamatan dan Kemakmuran" pada Rabu.
Sun menegaskan, sumber semula jadi adalah harta berharga yang diberikan bumi kepada umat manusia, dan juga merupakan asas material bagi kehidupan manusia serta pembangunan sosioekonomi yang berterusan.
Bagaimanapun, konflik yang berlaku di kawasan tertentu menunjukkan bahawa kekayaan sumber tidak semestinya membawa kepada kemakmuran, dan tadbir urus yang lemah boleh memburukkan lagi keadaan.
Justeru beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersatu padu dan bekerjasama, memperkuat pengurusan sumber semula jadi, mengekalkan kestabilan rantaian bekalan sumber global, serta menyokong keamanan dan pembangunan antarabangsa.
- China Sasar Penjanaan Elektrik Tenaga Baharu Capai 30 Peratus Menjelang 2030
- China Lancar Kempen Tiga Tahun Kurangkan Penggunaan Tenaga, Pelepasan Karbon
- Ladang Kuasa Angin Luar Pesisir Jiangsu Jalani Penyenggaraan
- Jumlah Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik di China Mencecah 21.955 juta Unit
- Kapasiti Pengeluaran Hidrogen Berasaskan TBB di China Cecah Sejuta Tan Setahun
- Sisa Rumah Jadi Bekalan Elektrik Hijau di Hunan
- China Keluar Garis Panduan Pacu Transformasi Hijau Sektor Hidrokuasa Kecil
- Unit Turbin Luar Pesisir 20 Megawatt Dipasang di Fujian
- Stesen Janakuasa Penyimpanan Pam Tiantai Berjaya Disambung ke Grid Negara
- Kapasiti Pemasangan Tenaga Solar dan Angin Cecah 1.73 Bilion Kilowatt di China




