- Lain-lain
Jepun Digesa Bina Kepercayaan Serantau Melalui Tindakan Konkrit - MFA

Jepun digesa untuk mengambil iktibar daripada sejarah, merenung kesalahan lampau dengan mendalam, dan membina kepercayaan negara-negara jiran di rantau Asia dan komuniti antarabangsa melalui tindakan konkrit.
Pendirian itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Rabu, ketika diminta mengulas mengenai gesaan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi supaya klausa 'Negara Musuh' dipadamkan daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) baru-baru ini.
Guo berkata, Jepun menyertai PBB dengan syarat mengakui jenayah militarisme yang dilakukan dan menerima semua kandungan yang termaktub dalam Piagam PBB pada masa itu.
Menurut beliau, klausa 'Negara Musuh' dalam Piagam PBBadalah satu susunan yang penting dari segi keinstitusian bertujuan untuk mencegah fasisme dan militarisme daripada sekali lagi mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Fasal berkaitan disifatkan sebagai jaminan penting dari segi keinstitusian untuk mempertahankan order antarabangsa pasca perang, dan masih relevan dan mempunyai makna praktikal sehingga masa ini, ujar jurucakap itu.
- Patung Ivan dan Manara Hakko Ichiu, Mana Patut Dihancurkan?
- Rizab Mata Wang Asing Jepun Susut Empat Bulan Berturut‑turut
- 173,000 Tan Air Tercemar dari Loji Nuklear Fukushima Dilepas ke Laut
- Jumlah Import Nadir Bumi Jepun Merosot 80 Peratus
- 'Neo-militarisme' Jepun Mesti Dibendung Tegas
- China Kecam Tindakan Jepun Berkaitan Yasukuni Jinja
- Kementerian Luar Rusia Tolak Bantahan Jepun Berkenaan Lawatan Putin ke Pulau Iturup
- Arkib dan Testimoni Baharu Dedahkan Operasi Unit 731 Jepun
- Tindakan Kerajaan Jepun Perkuat Perisikan dan Ketenteraan Undang Kritikan Kumpulan Sivik
- Pendirian PM Jepun Berhubung "Tiga Prinsip Tanpa Nuklear" Tidak Jelas




