- Lain-lain
'Neo-militarisme' Jepun Mesti Dibendung Tegas

15 Ogos lalu merupakan ulang tahun ke-81 Jepun menyerah kalah tanpa syarat semasa Perang Dunia II.
Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi memilih hari itu memberikan sumbangan wang kepada Yasukuni Jinja yang menempatkan roh 14 penjenayah perang kelas A.
Pada hari yang sama, Menteri Pertahanan Jepun Shinjiro Koizumi dan pegawai kanan Parti Demokratik Liberal (LDP) telah menziarahi Yasukuni Jinja.
Tindakan politikus sayap kanan Jepun itu bukan sahaja mencabuli keadilan sejarah dan orde antarabangsa pasca perang, tetapi juga menyinggung perasaan rakyat di negara-negara Asia yang pernah menjadi mangsa Perang Dunia II.
Penganalisis berpendapat, masyarakat antarabangsa perlu berwaspada tinggi dan menentang tegas aliran 'neo-militarisme' Jepun.
Jauh sebelum ini, militarisme Jepun tidak dapat diadili secara tuntas akibat beberapa sebabnya termasuk tercetusnya Perang Dingin. Seterusnya, kumpulan sayap kanan negara itu sentiasa berniat menafikan kesalahan perang menerusi pelbagai tindakan seperti memutarbelitkan sejarah dalam buku teks.
Berdasarkan siri dokumen yang berkuatkuasa sebagai undang-undang antarabangsa antaranya Deklarasi Kaherah, Perisytiharan Potsdam dan Surat Penyerahan Kalah Jepun, negara matahari terbit itu dimandatkan melucutkan senjata secara menyeluruh dan tidak dibenarkan mengekalkan industri yang membolehkannya untuk penenteraan semula.
Namun, daripada meningkatkan perbelanjaan pertahanan hingga mendorong pindaan terhadap Tiga Dokumen Keselamatan, daripada melonggarkan peraturan eksport senjata pemusnah hingga menyiarkan Kertas Putih Pertahanan Jepun versi baharu yang menyasar keupayaan serangan menyeluruh dan pelbagai dimensi, Jepun terus-menerus melepasi prinsip ‘pertahanan eksklusif’ dengan mengambil kesempatan daripada landskap perubahan dunia pada masa ini.
Menurut pandangan penganalisis, jika mengimbas kembali bekas modus operandi Jepun sebelum melancarkan perang pencerobohan dalam sejarah silam, 'neo-militarisme' yang semakin bangkit di negara itu sudah menjadi ancaman serius kepada keamanan serantau.
Selain itu, kerajaan Jepun juga bertindak mendorong pindaan terhadap Tiga Prinsip Bukan Nuklear dan berniat membawa masuk senjata nuklear daripada negara sekutu berdasarkan ‘perkongsian nuklear’.
Pada 15 Ogos 31 tahun lalu, mantan Perdana Menteri Jepun Tomiichi Murayama telah mengeluarkan ucapan yang mengakui negara itu pernah mengamalkan dasar yang salah sehingga menempuh jalan peperangan. Beliau turut menyatakan keperluan untuk bermuhasabah dan mengambil iktibar daripada sejarah.
Kini, pemimpin Jepun yang bertindak menentang arus sejarah sedang menyeret negara mereka semula ke dalam kancah peperangan. Masyarakat antarabangsa perlu mengambil langkah-langkah tegas untuk membendung 'neo-militarisme' Jepun, demi mempertahankan orde antarabangsa pasca perang dan memastikan tragedi sejarah tidak akan berulang.
- China Tolak Bantahan Jepun Mengenai Aktiviti di Laut Lepas
- Ribuan Penduduk Jepun Berhimpun, Bantah Cadangan Kerajaan Pinda Perlembagaan
- Kembali ke Tapak Kawat Maut Sandakan
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Rakyat Jepun Protes Kelulusan RUU Mengenai Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Masyarakat Antarabangsa Perlu Bersama Cegah Neomilitarisme: MFA
- LDP Luluskan Draf Pinda "Tiga Dokumen Keselamatan", Mahu Percepat "Militarisasi Semula"
- Topeng "Negara Aman" Yang Dipakai Jepun Hanyalah Sandiwara
- Sanae Takaichi, Pemimpin Yang 'Cakap Tak Serupa Bikin'
- Hampir 25 Ribu Rakyat Jepun Berhimpun, Bantah Kerajaan Pinda Perlembagaan Damai
- Kementerian Luar Rusia Tolak Bantahan Jepun Berkenaan Lawatan Putin ke Pulau Iturup
- Kelulusan "Tiga Dokumen Keselamatan" LDP Jepun, Isyarat Berbahaya “Militarisasi Semula"
- Cadangan Kerajaan Jepun Tukar Nama Tentera Udara Cetus Kebimbangan Rakyat
- Arkib Baharu Dedah Perang Kimia Penceroboh Jepun Jenayah Negara
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kebangkitan Semula Militarisme
- Penenteraan Semula Jepun Ancam Kedamaian Serantau: MFA
- Jepun Patut Dengar Seruan Rakyat, Jangan Main Api dalam Isu Nuklear: MFA
- Pendirian PM Jepun Berhubung "Tiga Prinsip Tanpa Nuklear" Tidak Jelas
- Tindakan Kerajaan Jepun Perkuat Perisikan dan Ketenteraan Undang Kritikan Kumpulan Sivik
- Arkib dan Testimoni Baharu Dedahkan Operasi Unit 731 Jepun




