- Lain-lain
China Kecam Tindakan Jepun Berkaitan Yasukuni Jinja
China menyuarakan kecaman keras terhadap tindakan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi yang menyumbang wang pujaan kepada Yasukuni Jinjahari ini, menurut jurucakap Kemeterian Luar China.
15 Ogo merupakan Hari Penyerahan Kalah Jepun. Namun, Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi memilih hari ini menyumbang wang pujaan kepada Yasukuni Jinja, diikuti pula beberapa ahli kabinet Jepun melakukan pemujaandi situ.
Semasa Perang Dunia Kedua , Jepun pernah melancarkan perang pencerobohan terhadap banyak negara dan melakukan jenayah yang kejam yang tidak berperikemanusiaan.
Yasukuni Jinja yang berkait rapat dengan era perangdianggap sebagai simbol sejarah militarisme Jepun, malah "kuil penjenayah perang" memandangkan terdapat tempat pemujaan untuk roh seramai 14 penjenayah perang Kelas A di dalamnya yang pernah diadili sebagai pelancar utama perang pencerobohan.
Walau apa pun alasan yang dicipta oleh segelintir politikus Jepun, mereka tidak dapat menyembunyikan plot untuk menghalalkan tindakan kejam yang pernah dilakukan penjenayah perang, mengelak dari memikul tanggungjawab, memutarbelitkan fakta sejarah dan mempercepat langkah untuk 'penenteraan semula' negaranya.
Tindakan salah yang dilakukan PM Jepun dan segelintir ahli kabinet itu merupakan penghinaan terhadap keadilan sejarah, cabaran terhadap garis merah tamadun manusia dan provokasi terhadap landskap antarabangsa pasca perang, maka patut dibantah sekeras-kerasnya oleh masyarakat antarabangsa.
- Sanae Takaichi, Pemimpin Yang 'Cakap Tak Serupa Bikin'
- Ribuan Penduduk Jepun Berhimpun, Bantah Cadangan Kerajaan Pinda Perlembagaan
- Kembali ke Tapak Kawat Maut Sandakan
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Rakyat Jepun Protes Kelulusan RUU Mengenai Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Masyarakat Antarabangsa Perlu Bersama Cegah Neomilitarisme: MFA
- LDP Luluskan Draf Pinda "Tiga Dokumen Keselamatan", Mahu Percepat "Militarisasi Semula"
- Topeng "Negara Aman" Yang Dipakai Jepun Hanyalah Sandiwara
- Kelulusan "Tiga Dokumen Keselamatan" LDP Jepun, Isyarat Berbahaya “Militarisasi Semula"
- Cadangan Kerajaan Jepun Tukar Nama Tentera Udara Cetus Kebimbangan Rakyat
- Kementerian Luar Rusia Tolak Bantahan Jepun Berkenaan Lawatan Putin ke Pulau Iturup
- Arkib Baharu Dedah Perang Kimia Penceroboh Jepun Jenayah Negara
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kebangkitan Semula Militarisme
- Hampir 25 Ribu Rakyat Jepun Berhimpun, Bantah Kerajaan Pinda Perlembagaan Damai
- China Tolak Bantahan Jepun Mengenai Aktiviti di Laut Lepas
- Penenteraan Semula Jepun Ancam Kedamaian Serantau: MFA
- Jepun Patut Dengar Seruan Rakyat, Jangan Main Api dalam Isu Nuklear: MFA
- Pendirian PM Jepun Berhubung "Tiga Prinsip Tanpa Nuklear" Tidak Jelas
- Tindakan Kerajaan Jepun Perkuat Perisikan dan Ketenteraan Undang Kritikan Kumpulan Sivik
- Arkib dan Testimoni Baharu Dedahkan Operasi Unit 731 Jepun




