Jumlah Import Nadir Bumi Jepun Merosot 80 Peratus

(CRI)Jumaat 21 Ogos 2026

Jumlah import nadir bumi penting di Jepun dalam separuh pertama tahun ini hanya sekitar 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut laporan akhbar Nikkei Shimbun.

Media Jepun melaporkan bahawa kerajaan dan syarikat negara itu berusaha mencari bekalan alternatif dengan mengimport nadir bumi dari Amerika Syarikat (AS), Vietnam dan beberapa negara lain. Bagaimanapun, sistem bekalan yang stabil masih belum diwujudkan.

Untuk rekod, Kementerian Perdagangan China pada Januari lalu mengeluarkan pengumuman untuk memperketat kawalan eksport item dwi-guna ke Jepun.

Video

Berita Berkaitan