- Lain-lain
Li Qiang Bertemu PM Kyrgyzstan di Hangzhou

Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Pengerusi Kabinet Menteri Kyrgyzstan Adylbek Aleshovich Kasymaliev, yang datang ke China bagi menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Edisi Ke-5 di Hangzhou pada Rabu.
Dalam pertemuan itu Li berkata China bersedia untuk memperkukuh strategi pembangunan dengan Kyrgyzstan, bersama-sama melakukan pembinaan yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) , menggalakkan perkembangan stabil perdagangan dan pelaburan dua hala, memajukan pembinaan projek seperti Kereta Api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan dan pemodenan pintu sempadan, serta terus meningkatkan tahap kesalinghubungan.
Katanya, China juga bersedia mengimport lebih banyak barangan berkualiti tinggi dari Kyrgyzstan, mendorong perusahaan China yang berdaya saing untuk melabur di Kyrgyzstan, dan memperluas kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan, ekonomi digital, tenaga hijau, kewangan dan lain-lain.
Pada masa yang sama, China juga bersedia memperkukuh kerjasama kemanusiaan dengan Kyrgyzstan dalam bidang budaya, pelancongan, pendidikan, perubatan dan lain-lain, bagi menjana impak sosial demi kemaslahatan rakyat China dan Kyrgyzstan.
Sementara itu Kasymaliev memuji pencapaian pembangunan besar yang dicapai rakyat China di bawah kepimpinan Parti Komunis China (PKC).
Beliau berkata, Kyrgyzstan menyokong teguh empat inisiatif global yang dikemukakan Presiden Xi Jinping, menyokong China untuk mengetuai penubuhan Organisasi Kerjasama Kecerdasan Buatan Sedunia dan Institut Pengantaraan Antarabangsa, dan bersedia bekerjasama rapat dengan China dalam platform multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), mekanisme China-Asia Tengah dan lain-lain supaya bersama-sama mendorong kestabilan dan kemakmuran dunia.

- Peng Liyuan Melawat Muzium Sejarah Kebangsaan Kyrgyzstan
- Xi Jinping dan Presiden Kyrgyzstan Adakan Pertemuan di Bishkek
- Presiden Kyrgyzstan Terima Kunjungan Menteri Luar China
- Peranan Media Tumpuan Forum Kerjasama China-Kyrgyzstan
- China Buka Lagi Laluan Penerbangan Terus ke Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Sepakat Perkasa Kerjasama Pelbagai Bidang
- Xi Terima Kunjungan Presiden Kyrgyzstan
- Penggubal Undang-undang Tertinggi China Buat Lawatan ke Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Ikrar Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang
- Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kyrgyzstan




