- Lain-lain
Peng Liyuan Melawat Muzium Sejarah Kebangsaan Kyrgyzstan

Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping, mengunjungi Muzium Sejarah Kebangsaan Republik Kyrgyzstan pada Isnin, diiringi Aigul Japarova, isteri Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov.
Peng dan Japarova bersama-sama menonton persembahan sambutan sebelum melawat pameran budaya tradisional Kyrgyzstan.
Peng berkata bahawa pakaian, permaidani dan barang‑barang yang dipamerkan amat indah dan berwarna‑warni, sekali gus memperlihatkan pesona tradisi kraftangan dan adat resam unik rakyat Kyrgyz.

Beliau menambah, China dan Kyrgyzstan sangat mementingkan pemeliharaan dan pewarisan budaya tradisional. Beliau berharap kedua‑dua negara akan terus memluaskan pertukaran kebudayaan, dan mengukuhkan lagi hubungan dalam kalangan rakyat.
Peng dan Japarova juga meluangkan masa mengunjungi pameran tamadun China yang dianjurkan bersama kedua‑dua pihak, selain menonton pertunjukan pakaian etnik Kyrgyz. Mereka turut menyatakan kesediaan untuk mempromosikan pertukaran dan pembelajaran kebudayaan antara kedua‑dua negara.
Muzium Sejarah Kebangsaan Republik Kyrgyzstan merupakan muzium kebangsaan peringkat tertinggi di negara berkenaan. Ia menghimpunan koleksi artifak yang merekodkan sejarah dan pengembangan rakyat Kyrgyz.
Mengharukan! Wira Alam Sekitar Yin Yuzhen Dakap Sahabat dari AS Selepas 26 Tahun
Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
Kipas Gergasi Lawan Bahang di Chongqing
Tales of Cities | Haruman Matcha dari Tongren
Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Xi Jinping dan Presiden Kyrgyzstan Adakan Pertemuan di Bishkek
- Presiden Kyrgyzstan Terima Kunjungan Menteri Luar China
- Peranan Media Tumpuan Forum Kerjasama China-Kyrgyzstan
- China Buka Lagi Laluan Penerbangan Terus ke Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Sepakat Perkasa Kerjasama Pelbagai Bidang
- Xi Terima Kunjungan Presiden Kyrgyzstan
- Penggubal Undang-undang Tertinggi China Buat Lawatan ke Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Ikrar Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang
- Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Komited Perkukuh Usaha Sama BRI