- Lain-lain
Presiden Kyrgyzstan Terima Kunjungan Menteri Luar China

Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov menerima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi pada Jumaat semasa lawatannya ke Kyrgyzstan.
Wang Yi menyatakan bahawa China bersedia meningkatkan penyelarasan dengan Kyrgyzstan dalam pelaksanaan strategi pembangunan negara masing-masing, menterjemahkan konsensus yang dicapai ketua negara kedua-dua pihak ke kenyataan yang ketara di peringkat akar umbi, meningkatkan tahap kerjasama yang saling menguntungkan, meluaskan pertukaran sosiobudaya, dan mengukuhkan asas komuniti berkongsi nasib China-Kyrgyzstan.
Wang berkata, China mengucapkan tahniah kepada pihak Kyrgyzstan atas kejayaannya terpilih sebagai negara anggota bukan tetap Majlis Keselamatan PBB dengan majoriti undi setuju baru-baru ini, dan berharap dapat mempertingkat kerjasama dan koordinasi dengan Kyrgyzstan dalam urusan PBB, serta akan menyokong Kyrgyzstan menganjurkan Sidang Kemuncak SCO di Bishkek bagi menyumbang kepada keamanan, pembangunan dan kemakmuran dunia.
Dalam pertemuan itu, Japarov menyatakan pihaknya menghargai hubungan rakan strategik kedua-dua negara yang saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan berdasarkan semangat kejiranan. Kyrgyzstan bersedia membelajari pengalaman China dalam tadbir urus negara, meningkatkan kerjasama saling menguntungkan dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan, pertanian dan sosiobudaya, berusaha mendorong pelaksanaan pelbagai projek mega termasuk landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan.
Beliau juga menyatakan kesediaan untuk terus meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China dalam kerangka PBB dan mekanisme China-Asia Tengah, bersama-sama menggalakkan keamanan dan pembangunan serantau bahkan dunia.
- Peranan Media Tumpuan Forum Kerjasama China-Kyrgyzstan
- China Buka Lagi Laluan Penerbangan Terus ke Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Sepakat Perkasa Kerjasama Pelbagai Bidang
- Xi Terima Kunjungan Presiden Kyrgyzstan
- Penggubal Undang-undang Tertinggi China Buat Lawatan ke Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Ikrar Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang
- Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Komited Perkukuh Usaha Sama BRI
- Presiden Kyrgyzstan Adakan Lawatan Rasmi ke China
- Selami Keindahan Budaya Kyrgyzstan dalam 60 Saat




