- Lain-lain
China Komited Perkasa Kerjasama Inovasi Sains dan Teknologi

China akan terus mengamalkan konsep kerjasama sains dan teknologi antarabangsa yang terbuka, inklusif, saling untung dan berkongsi dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.
Perkara itu dinyatakan Naib Menteri Sains dan Teknologi China, Zhang Guangjun dalam sidang media pada Selasa.
Zhang berkata China komited untuk mewujudkan landskap keterbukaan bidang sains dan teknologi secara menyeluruh dan mendalam meliputi aspek yang lebih luas.
Menurut beliau, usaha berkenaan akan memberi tumpuan kepada empat aspek antaranya mempercepat pembentukan perkongsian kerjasama yang saling menguntungkan, serta terus meneroka pelan tindakan inovasi sains dan teknologi dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
China juga akan giat menyertai dan menerajui tadbir urus sains dan teknologi di peringkat global, selain membina ekosistem terbuka inovasi sains dan teknologi yang bertaraf antarabangsa.
Zhang turut memaklumkan bahawa China telah menjalin hubungan kerjasama sains dan teknologi dengan lebih 160 negara dan wilayah, selain menandatangani 120 perjanjian kerjasama antara kerajaan melibatkan bidang berkenaan.
Pada masa sama, China juga proaktif mengemukakan inisiatif bagi memperkasa kerjasama sains dan teknologi di peringkat antarabangsa.
- China Atasi AS, Julung Kali Duduki Tangga Pertama Perbelanjaan R&D Global
- Permainan Digital Budaya Bakal Debut pada CDPE
- Kongres Sains Asas Antarabangsa 2026 Buka Tirai
- Saintis China Terima Anugerah Penting dalam Bidang Pengaplikasian Sains Angkasa Dunia
- Xi Tandatangan Arahan Beri Merit Kelas Pertama kepada Anggota Tentera Cemerlang
- Ahli Matematik China Deng Yu, Wang Hong Dikurniai Pingat Fields
- China Terus Unggul Dalam Industri Berteknologi Tinggi Global
- Xi Sampaikan Hadiah kepada Pemenang Anugerah Sains dan Teknologi Tertinggi China
- Xi Seru Percepat Bina Sistem Pengetahuan China dalam Falsafah, Sains Sosial
- Martabatkan Peranan Golongan Muda dalam Inovasi Sains - Pemenang Hadiah Nobel




