Martabatkan Peranan Golongan Muda dalam Inovasi Sains - Pemenang Hadiah Nobel

(CRI)Isnin 11 Mei 2026

"Menonjolkan kemandirian golongan saintis muda, memuliakan tanggungjawab yang dipikul mereka, dan memberi kata semangat apabila mereka terperangkap dalam kesilapan."

Demikian kata Profesor Michael Levitt, pemenang Hadiah Nobel bagi kategori kimia yang sekarang ini bertugas di Universiti Fudan, dalam temu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Shanghai baru-baru ini.

Mengenai inisiatif "AI+" yang dilaksanakan oleh China, Levitt berpendapat bahawa ia adalah tepat pada masanya. Beliau menunjukkan bahawa China mempunyai golongan muda yang berpendidikan tinggi dalam bilangan besar, yang berperanan sebagai penggerak inovasi.

"Seseorang saintis sebelum melakar pencapaian yang cemerlang, sudah biasa menghadapi halangan yang bermacam-macam kerana bidang kajiannya penuh dengan cabaran. Ini bagaikan seorang bayi yang baru belajar berjalan, patut diberi peluang yang berkali-kali. Jika tidak diberi peluang untuk bercuba lagi setelah jatuh sekali pun, bayi itu pasti tidak dapat menguasai kemahiran untuk berjalan dengan kaki sendiri.

"Menonjolkan kemandirian seseorang saintis dalam penyelidikan adalah amat penting, yang dilihat sebagai satu cabaran di peringkat global," ujar Profesor Michael Levitt.

"Purata umur saintis di Amerika Syarikat (AS) yang aktif pada tahun 1980-an, adalah 15 hingga 20 tahun lebih muda daripada sekarang, dan kita perlu berwaspada tentang trend ini, iaitu golongan saintis yang berada pada fasa keaktifan menjadi semakin tua," kata beliau.

Menyentuh tentang Rancangan Lima Tahun Ke-15 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China (2026-2030) yang menekankan usaha melahirkan bakat inovasi yang cemerlang, Levitt sambil berkongsi pengalamannya sendiri yang melibatkan penyelesaian penyelidikan yang kemudiannya dijadikan bahan asas bagi membantunya memenangi Hadiah Nobel pada usia 27 tahun, sambil menegaskan bahawa "hampir semua kerja penting tentang suatu pencapaian cemerlang adalah diselesaikan saintis berkenaan sebelum mereka menjejak usia 40 tahun."

Beliau berpendapat bahawa inovasi tidak terlepas dari penglibatan golongan muda. Generasi senior patut membina platform untuk membantu generasi muda melakukan inovasi dalam suasana yang bebas dan eksploratif.

Sebagai seorang ahli Akademi Sains AS yang telah bertugas sebagai pensyarah di China selama lapan tahun, Levitt memberikan penilaian positif terhadap perkembangan antara disiplin (interdisciplinary) di China, dan amat menghargai pendekatan rakyat China yang berani mencuba.

"Dalam membangunkan industri kenderaan elektrik, mereka tidak hanya memilih satu syarikat, tetapi menyokong seratus syarikat pada satu masa. Ada yang ditakdir akan gagal, tetapi kemungkinan lebih besar akan menyaksikan kemunculan yang berjaya," tambah beliau.

'Pembenihan untuk seluruh hutan dan bukannya untuk satu pokok', merupakan naratif yang diberi pemenang Hadiah Nobel yang terkemuka itu tentang ekosistem inovatif di China pada masa sekarang.

Video

Berita Berkaitan