Permainan Digital Budaya Bakal Debut pada CDPE

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 Ogos 2026

Seorang kakitangan mendemonstrasikan keupayaan AIGC perisian imej Wukong di Pusat Inovasi Industri Fiksyen Sains ZGC di daerah Shijingshan, Beijing, ibu negara China, 20 Jun 2025. (Xinhua/Zheng Huansong)

Seorang kakitangan mendemonstrasikan keupayaan AIGC perisian imej Wukong di Pusat Inovasi Industri Fiksyen Sains ZGC di daerah Shijingshan, Beijing, ibu negara China, 20 Jun 2025. (Xinhua/Zheng Huansong)

Satu kawasan pameran yang menyerlahkan integrasi budaya tradisional China dengan permainan atas talian akan dibuka buat julung kalinya pada ekspo penerbitan digital terulung China yang dijadualkan hujung Ogos ini.

Edisi ke-16 Ekspo Penerbitan Digital Antarabangsa China (CDPE) akan berlangsung pada 27 hingga 29 Ogos di Jinan, ibu provinsi Shandong di timur China, menurut jawatankuasa penganjur ekspo Isnin lalu.

Tahun-tahun kebelakangan ini, populariti permainan buatan domestik seperti "Black Myth: Wukong" telah memperlihatkan kemajuan teknologi industri permainan digital China, di samping menghidupkan budaya tradisional melalui transformasi kreatif dan pembangunan inovatif.

Pada 2025, pasaran permainan digital China menjana hasil jualan sebenar melebihi 350 bilion yuan, naik 7.68 peratus tahun ke tahun. Bilangan pengguna pula naik 1.35 peratus kepada 683 juta orang.

Lebih daripada 500 pempamer dijangka menyertai ekspo kali ini, termasuk delegasi dari 20 wilayah peringkat provinsi merata China, juga peserta dari lebih 30 negara dan wilayah, tambah pihak penganjur lagi.

Pada tempoh ekspo, Akademi Akhbar dan Penerbitan China, yang merupakan hos bersama acara, akan memperkenalkan pencapaian semasa dalam usaha merumuskan piawaian industri berkaitan penggunaan AI.

Dianjurkan pertama kalinya pada 2005, CDPE ialah satu platform penting yang menyasarkan pembangunan industri penerbitan digital.

Video

Berita Berkaitan