- Lain-lain
Saintis China Terima Anugerah Penting dalam Bidang Pengaplikasian Sains Angkasa Dunia

Penyelidik dari Pentadbiran Meteorologi China (CMA), Wang Jinsong diberikan anugerah Pingat William Nordberg di Persidangan Saintifik Jawatankuasa Penyelidikan Angkasa Antarabangsa (COSPAR) edisi ke-46 yang diadakan di Florence, Itali pada Isnin.
Pingat William Nordberg diberikan kepada individu yang memperoleh pencapaian penting dan membuat sumbangan cemerlang dalam bidang pengaplikasian sains angkasa.
Sejak anugerah itu ditubuhkan pada 1988, Wang Jinsong merupakan saintis China pertama yang menerima penghormatan itu. Pada masa sama, sebuah asteroid dinamakan sempena nama Wang.
Pemberian Pingat William Nordberg kepada saintis China sekali gus memperlihatkan pengiktirafan komuniti akademik antarabangsa terhadap kemajuan China dalam sains angkasa dan pengaplikasian.
Wang Jinsong kini merupakan Pengarah Pusat Meteorologi Satelit Nasional (Pusat Pemantauan dan Amaran Awal Cuaca Angkasa Nasional), dan Ketua Pereka Projek Satelit Meteorologi Fengyun.
Dengan usaha bersama Wang dan semua anggota pasukannya, perkembangan perkhidmatan cuaca angkasa China mencapai lonjakan besar dari kosong hingga ke barisan depan di peringkat global.
COSPAR merupakan organisasi akademik antarabangsa yang penting di bawah Majlis Sains Antarabangsa (ISC).
Ditubuhkan oleh COSPAR, Pingat William Nordberg diberikan setiap dua tahun, dan dianugerahkan kepada dua saintis pada setiap edisi bermula tahun 2022.
Pemenang lain untuk tahun ini ialah Ketua Saintis Fizik Suria di NASA, David Seebeck.
- Ahli Matematik China Deng Yu, Wang Hong Dikurniai Pingat Fields
- Xi Sampaikan Hadiah kepada Pemenang Anugerah Sains dan Teknologi Tertinggi China
- Saintis China Terima Anugerah Tertinggi Bidang Perubatan Klinikal Strok Antarabangsa
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- Xi Tandatangan Arahan Beri Merit Kelas Pertama kepada Anggota Tentera Cemerlang
- China Terus Unggul Dalam Industri Berteknologi Tinggi Global
- Xi Seru Percepat Bina Sistem Pengetahuan China dalam Falsafah, Sains Sosial
- Martabatkan Peranan Golongan Muda dalam Inovasi Sains - Pemenang Hadiah Nobel
- Kuasa Produktif Kualiti Baharu: Revolusi yang Melangkaui Terminologi
- China Akan Buka 10 Kemudahan Sains kepada Akademia Antarabangsa
- China Seru Bina Komuniti Sains dan Teknologi Global
- China Umum Garis Panduan Dorong Pembangunan Insurans Sains, Teknologi
- Xi Seru Perkasa Penyelidikan Asas, Pertingkat Inovasi Asli
- Mempertingkat Kemandirian Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Negara Sosialis Moden - Xi




