Arab Saudi Cela Keganasan Israel terhadap Gaza

(CRI)Jumaat 02 Oktober 2026

Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri negara itu, Mohammed bin Salman pada Khamis mengutuk keras pendudukan dan tindakan ganas Israel di kawasan Gaza, serta langkah pencerobohan rejim itu terhadap Masjid Al-Aqsa.

Putera Mahkota Mohammed juga menyeru komuniti antarabangsa supaya mencari penyelesaian politik bagi mendorong rakyat Palestin memulihkan hak yang sah dan menubuhkan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Video

Berita Berkaitan