- Lain-lain
Negara-Negara Arab dan Islam Kutuk Ucapan Duta Besar AS ke Israel
Kementerian Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan pada Ahad bahawa sejumlah negara Islam dan Arab serta pertubuhan antarabangsa mengeluarkan satu kenyataan bersama untuk mengutuk keras ucapan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Israel, Michael Dale Huckabee tentang "Israel mampu memiliki seluruh Asia Barat".
Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama-sama oleh UAE, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Turkiye, Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Oman, Bahrain, Lubnan, Syria dan Palestin serta Pertubuhan Kerjasama Islam, Liga Arab dan Majlis Kerjasama untuk Negara-negara Arab Teluk.
Menurut kenyataan itu, ucapan Huckabee yang berkaitan adalah berbahaya dan bersifat menghasut, dengan terang-terangan melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serta menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.
Kenyataan itu menekankan bahawa semua pihak menentang sekeras-kerasnya sebarang ucapan yang cuba menghalalkan perbuatan merampas tanah negara lain. Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki dan tanah negara Arab lain yang diduduki, dengan tegas menentang sebarang cubaan untuk menakluk Tebing Barat atau memisahkannya daripada Gaza, menentang sekeras-kerasnya langkah memperluas penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki, dan menentang tegas sebarang tindakan yang mengancam kedaulatan negara-negara Arab.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Bantah Cubaan Duduki Wilayah Palestin: MFA
- Istael Setuju Buka Semula Pintu Keluar Masuk Rafah Secara Bersyarat
- Guterres Gesa Israel Batal Larangan Terhadap Operasi Pertubuhan Bantuan Antarabangsa
- Penguatkuasaan Gencatan Senjata Berkekalan Misi Utama di Gaza - Wakil China di PBB
- 20 Maut dalam Serangan Israel di Gaza
- Israel Lancar Serangan Baharu ke Gaza
- China Gesa Pastikan Keselamatan dan Kestabilan Dipulih di Gaza
- Gencatan Senjata Hamas-Israel Diuji, Gaza Kembali Bermandi Darah
- Wang Yi Hurai Pendirian China mengenai Gencatan Senjata Gaza Fasa Pertama
- Hamas, Israel Bincang Perunduran Tentera dan Pembebasan Tebusan