- Lain-lain
China Seru Tingkatkan Sokongan Kepada UNRWA
Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei, menggesa masyarakat antarabangsa meningkatkan sokongan kewangan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat bagi membantu agensi itu mengatasi krisis kewangan yang dihadapinya.
Ketika berucap pada persidangan ikrar sumbangan kepada UNRWA pada Selasa, Sun berkata kekurangan dana telah menjejaskan keupayaan agensi itu untuk terus menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin.
Sun berkata, China menyeru semua pihak agar menyediakan segala kemudahan dan sokongan yang diperlukan untuk UNRWA melaksanakan bantuan, serta pada masa sama mendesak Israel supaya menjamin keistimewaan, kekebalan dan pelaksanaan tugas normal UNRWA.
Sun menegaskan bahawa China dengan teguh menyokong perjuangan adil rakyat Palestin untuk memulihkan hak negara bangsa mereka, di samping meneruskan bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada Palestin.
China juga katanya akan terus memberikan sokongan modal yang stabil kepada UNRWA.
- Guterres Kecam Keputusan Israel Bina Kompleks Pertahanan di Tapak Bekas Ibu Pejabat UNRWA
- Komuniti Antarabangsa Perlu Bertindak Pertahan Keadilan: Duta China
- Mahmud Abbas Dipilih Semula sebagai Ketua Fatah
- China Sokong Teguh Usaha Adil Rakyat Palestin
- Wang Yi mengenai Isu Palestin: Pergolakan dan Perang Bukan Takdir Rakyat Palestin
- Negara-Negara Arab dan Islam Kutuk Ucapan Duta Besar AS ke Israel
- China Seru Israel Hentikan Aktiviti Penempatan dan Pencerobohan di Wilayah Palestin
- China Bantah Cubaan Duduki Wilayah Palestin: MFA
- Istael Setuju Buka Semula Pintu Keluar Masuk Rafah Secara Bersyarat
- Kedutaan Palestin Dibuka Secara Rasmi di London




