- Lain-lain
China Seru Israel Hentikan Aktiviti Penempatan dan Pencerobohan di Wilayah Palestin
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong dalam satu mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin-Israel pada 18 Februari lalu, menyatakan bahawa Israel harus mendengar seruan yang meluas dari masyarakat antarabangsa untuk menghentikan aktiviti penempatan dan pencerobohan di wilayah Palestin, di samping menghentikan tindakan yang merosakkan asas tadbir urus Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA).
Menurut Fu, Gaza memerlukan gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan, dan sebarang serangan terhadap orang awam tidak boleh diterima. China menyeru semua pihak yang terlibat, terutamanya Israel, untuk mematuhi sepenuhnya perjanjian gencatan senjata dan menghentikan semua tindakan yang agresif. China juga menyeru Israel agar mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, membuka sepenuhnya lintasan sempadan, membatalkan sekatan terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan dan memastikan agensi kemanusiaan seperti Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) dapat melaksanakan tugas mereka untuk menghulurkan bantuan.
Fu menegaskan bahawa Gaza adalah milik rakyat Palestin, dan sebarang perancangan mengenai masa depan Gaza harus selaras dengan prinsip "kemandirian Palestin dalam pemerintahan negara", mengambil kira keprihatinan negara-negara Asia Barat, dan kondusif bagi pelaksanaan 'penyelesaian dua negara'.
China akan terus menyokong peranan utama Palestin dalam pentadbiran Gaza pasca perang dan menyokong Majlis Keselamatan PBB untuk terus memantau dan mengamati situasi di kawasan ini dan perancangan pasca perang serta memainkan peranan yang sepatutnya.
Fu berkata, Israel telah mengumumkan beberapa keputusan baru-baru ini, termasuk pendaftaran tanah di Tebing Barat Sungai Jordan, memperluas langkah-langkah pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan itu. Keputusan seumpama itu dilihat telah melanggar Perjanjian Oslo, undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB.
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mendorong gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan di Gaza, meredakan krisis kemanusiaan, melaksanakan "penyelesaian dua negara" supaya mencapai penyelesaian yang menyeluruh, adil dan berkekalan bagi isu Palestin dengan secepat mungkin.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Bantah Cubaan Duduki Wilayah Palestin: MFA
- Istael Setuju Buka Semula Pintu Keluar Masuk Rafah Secara Bersyarat
- Kedutaan Palestin Dibuka Secara Rasmi di London
- Guterres Gesa Israel Batal Larangan Terhadap Operasi Pertubuhan Bantuan Antarabangsa
- China Gesa Percepat Selesaikan Isu Palestin Secara Damai
- Penguatkuasaan Gencatan Senjata Berkekalan Misi Utama di Gaza - Wakil China di PBB
- 20 Maut dalam Serangan Israel di Gaza
- Israel Lancar Serangan Baharu ke Gaza
- China Gesa Pastikan Keselamatan dan Kestabilan Dipulih di Gaza
- Gencatan Senjata Hamas-Israel Diuji, Gaza Kembali Bermandi Darah