- Lain-lain
China Catat Ledakan Pelancong Asing Lapan Bulan Pertama Tahun Ini
Pintu sempadan di seluruh China merekodkan lebih 61.28 juta pergerakan keluar masuk pengembara asing dalam tempoh Januari hingga Ogos 2026, naik 19.5 peratus tahun ke tahun, menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA).
Data daripada platform pelancongan dalam talian pula menunjukkan pelancong asing secara puratanya tinggal di China selama 5.1 hari, meningkat 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Sepanjang cuti Hari Kebangsaan tahun ini, jumlah tempahan pakej oleh pengembara asing terus meningkat, dengan Asia Timur, Asia Tenggara, Eropah dan Oceania menjadi antara sumber utama pelancong asing ke China.
Pelbagai platform pintar turut diperkenalkan untuk mengoptimumkan perkhidmatan pelancongan dan menambah baik pengalaman ketika melawat di China.
Platform berkenaan memudahkan pelancong asing merancang jadual perjalanan, menempah tiket masuk ke pelbagai kawasan peranginan dan membuat pembayaran rentas sempadan di negara Tembok Besar.
- Pelancong Domestik Naik 5.4 Peratus Separuh Pertama 2026
- China Lebih “Cool”, Dicari-cari Pelancong Asing
- Tarikan di China Pikat Hati Pelancong Asing
- Ketibaan Pengembara Asing di China Melonjak 20.4%
- China Catat 369 Juta Aliran Keluar Masuk Negara pada Suku Pertama 2026
- “Color Walk”, Trend Terbaru Muda-mudi Changchun
- China Saksikan Peningkatan Pelancong dari Korea Selatan, Vietnam
- Pelancongan Mula Rancak Menjelang Cuti Hari Pekerja
- Beijing Saksikan Ledakan Perjalanan Rentas Sempadan
- Buku Hijau Pelancongan China Disiar




