- Lain-lain
China Lebih “Cool”, Dicari-cari Pelancong Asing
“China Travel”, “China Cool”… beberapa ungkapan yang hangat disebut-sebut di media sosial pada musim panas ini. Tidak lupa juga tag “China Summer” yang turut menjadi tumpuan selepas digunakan oleh sebilangan penulis blog asing.

Tangkap layar media sosial
George Galloway, mantan ahli parlimen dan pemimpin Parti Pekerja Britain, berkongsi pengalaman melawat ke China pada Julai lalu di media sosial seberang laut. Memetik tulisannya, “Sukar hendak digambarkan berapa jauhnya China mendahului pada 2026. Baguslah kian ramai yang pergi untuk melihat sendiri keadaan.”
Menurut Pentadbiran Imigresen China, pada separuh pertama 2026, bilangan pelawat asing ke China mencecah 22.914 juta, naik 20.4 peratus tahun ke tahun. Antaranya, 77.7 peratus atau 17.815 juta masuk secara bebas visa, meningkat 30 peratus.
Data jualan tiket Pentadbiran Penerbangan Awam China melalui platform pelancongan atas talian pula menunjukkan sejak bulan Jun, semakin ramai pelancong dari Eropah datang ke China. Pelancong dari Finland merekodkan peningkatan jualan tiket sebanyak 12.4 kali ganda tahun ke tahun, dan bagi pelancong Greek, hampir sekali ganda lebih tinggi.
Persepsi dunia terhadap China semakin positif.

Tinjauan pendapat global oleh Pusat Penyelidikan Pew. Tangkap layer dari Internet.
Tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew di AS pada 15 Julai mendapati warga dari 27 negara dan wilayah kini lebih gemar akan China berbanding AS. Ini merupakan kali pertama sejak 2002 imej keseluruhan China mendahului di lebih 70 peratus negara yang ditinjau. Sepertimana diulas netizen asing, pengalaman yang dikongsi oleh pelancong ke China umpama pustaka gergasi berisi limpahan bahan, menjadi jendela untuk khalayak di seberang laut mengenali wajah sebenar China.
- Tarikan di China Pikat Hati Pelancong Asing
- Ketibaan Pengembara Asing di China Melonjak 20.4%
- “Color Walk”, Trend Terbaru Muda-mudi Changchun
- China Saksikan Peningkatan Pelancong dari Korea Selatan, Vietnam
- Beijing Saksikan Ledakan Perjalanan Rentas Sempadan
- Kapal Persiaran MS Regatta Tiba di Tianjin
- “Kembara Warga Asing Mencari Tuah” Bermula! Fuzhou Hantar Undangan ke Seluruh Dunia
- Puncak Salji Barat Daya China, Tarik Pelancong Asia Tenggara
- Salji Pertama! Ini Cara Tahan Musim Sejuk di Beijing
- China Catat 178 Juta Aliran Keluar Masuk Negara pada Suku Ketiga 2025




