Tarikan di China Pikat Hati Pelancong Asing

(CRI)Isnin 27 Julai 2026

China kekal sebagai antara destinasi yang paling banyak dikunjungi pengembara asing sempena cuti sekolah musim panas.

Data terkini menunjukkan negara Eropah merupakan antara 20 sumber utama pelancong asing ke China, dengan menyumbang 30 peratus kepada keseluruhan ketibaan antarabangsa pada cuti sekolah musim panas tahun ini.

Tempahan pakej oleh pengembara Eropah mencatat lonjakan sebanyak 275 peratus, manakala tempahan tiket masuk ke pelbagai kawasan peranginan di China meningkat lebih 20 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pengembara asing yang ingin merasai keunikan budaya negara Tembok Besar, antaranya termasuk aktiviti 'China Travel With Chinese Films'yang mengetengahkan lokasi penggambaran filem sebagai destinasi lawatan.

Perkhidmatan pelancongan yang cekap serta dasar berkaitan perjalanan masuk negara China yang terus dioptimumkan turut menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelawat asing.

Pada masa sama, dasar 'rebat cukai semasa belanja' dan kemudahan pembayaran mesra pelawat asing yang diperkenalkan kerajaan China menambah baik pengalaman membeli-belah, sekali gus merangsang perbelanjaan pengembara asing.

Video

Berita Berkaitan