Projek Sambungan Grid China-Laos Salur Bekalan Elektrik Satu Bilion kWh

(CRI)Jumaat 09 Oktober 2026

Projek sambungan grid kuasa 500 kilovolt (kV) antara China dan Laos telah menyalurkan bekalan elektrik sebanyak satu bilion kilowatt-jam (kWh) sejak beroperasi pada 20 April.

Projek tersebut merupakan projek tenaga ikonik di bawah visi komuniti berkongsi nasib China-Laos dan juga projek sambungan grid arus ulang-alik kuasa 500 kV rentas sempadan pertama di China.

Fasiliti berkenaan membolehkan bekalan elektrik dijana fotovolta (PV) dari utara Laos disalur ke provinsi Yunnan China, sekali gus menandakan projek penjanaan tenaga baharu di luar negara buat pertama kali disambung dengan pasaran elektrik China.

Kapasiti pertukaran elektrik antara kedua-dua negara terus meningkat apabila bekalan tenaga hidroelektrik Laos berjaya dihantar sehingga ke Kawasan Teluk Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau pada 6 Ogos.

Untuk fasa seterusnya, China dan Laos akan meningkatkan lagi kerjasama tenaga elektrik dengan mengoptimumkan penjadualan dan penyelenggaraan grid, perdagangan elektrik berasaskan pasaran serta mekanisme jaminan kecemasan.

Video

Berita Berkaitan