Tentera China Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Sempena ADMM-Plus di Indonesia

(CRI)Isnin 21 September 2026

China akan menghantar pasukan tentera ke Indonesia bagi menyertai latihan ketenteraan semasa berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) dari 22 hingga 25 September.

Latihan itu berlatarkan gempa bumi dan bencana sekunder yang berlaku secara kompleks, dengan aktiviti utama meliputi simulasi dan latihan lapangan menumpukan kepada operasi mencari dan menyelamat di kawasan runtuhan, rawatan perubatan pelbagai negara, kawalan wabak dan sanitasi, serta pengendalian kecemasan komunikasi bencana.

Latihan terbabit dijangka membantu meningkatkan keupayaan praktikal semua pihak yang terlibat dalam menjalankan misi kemanusiaan rentas negara secara bersepadu, selain menambah baik mekanisme tindak balas kecemasan terhadap bencana di rantau ini, sekaligus bersama-sama mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan