Ekspo Perlombongan, Pembinaan Indonesia Diadakan di Jakarta

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 14 September 2026

Reruai pengeluar jentera berat TZCO

Reruai pengeluar jentera berat TZCO

Pameran perlombongan (Mining Indonesia) dan pembinaan (Construction Indonesia) 2026 membuka tirai di Pusat Ekspo Antarabangsa Jakarta pada 9 September.

Acara tahun ini meliputi seluruh rantaian industri terbabit termasuk juga bahan binaan, jentera dan prasarana, menawarkan sebuah platform yang cukup efisien dan profesional untuk pempamer dari merata dunia meneroka pasaran Asia Tenggara.

Antara yang menjadi tumpuan, reruai pengeluar jentera berat TZCO mempamerkan sebanyak lapan produk jentera pembinaan utama. Bagi memenuhi keperluan khusus pasaran Asia Tenggara yang cuacanya bersuhu tinggi dan lembap, syarikat tersebut memadankan keluarannya yang boleh disesuaikan untuk kegunaan pengguna tempatan, menarik ramai hadirin datang melihat pameran.

Video

Berita Berkaitan