Terusan Pinglu Corak Masa Depan China, ASEAN

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 16 September 2026

Foto dron bertarikh 19 Ogos ini memperlihatkan Terusan Pinglu melalui bandar Qinzhou di wilayah Guangxi. (Xinhua/Cao Yiming)

Foto dron bertarikh 19 Ogos ini memperlihatkan Terusan Pinglu melalui bandar Qinzhou di wilayah Guangxi. (Xinhua/Cao Yiming)

Empat tahun selepas pembinaan bermula, projek Terusan Pinglu menyambut satu detik bersejarah apabila pintunya dibuka secara rasmi untuk pelayaran pada 16 September. Antara kawasan pedalaman di barat daya China dan ASEAN, juga antara China dan ASEAN, akan wujudnya satu pola baharu yang lebih terbuka sejajar dengan pelbagai perubahan yang mendatang.

Para diplomat ASEAN ke China yang dibawa mengunjungi terusan tersebut menzahirkan harapan mereka untuk melihat perdagangan dua hala berkembang maju. Duta Besar Filipina Jaime FlorCruz menyatakan, buah-buahan dan makanan laut dari negaranya yang diangkut ke barat daya China melalui saluran baharu ini akan membawa keuntungan kepada para petani, nelayan dan pedagang.

Foto dron bertarikh 12 Ogos ini memperlihatkan sebuah kapal ujian menuju ke hab Madao di Terusan Pinglu. (Xinhua/Zhou Hua)

Foto dron bertarikh 12 Ogos ini memperlihatkan sebuah kapal ujian menuju ke hab Madao di Terusan Pinglu. (Xinhua/Zhou Hua)

Terusan Pinglu menghubungkan ASEAN di selatan dan Eurasia di utara. Ia bersambung dengan Ekspres Rel China-Eropah, pengangkutan antara mod darat-laut, serta rangkaian-rangkaian lain, sekali gus menjadi penghubung antara negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan, memungkinkan integrasi lebih mendalam sektor perindustrian dan rantaian bekalan.

Deng Lianghui, pengerusi Huixi International Laos, membayangkan pembinaan pelbagai laluan antara mod pada masa depan, misalnya “Rel China-Laos+pelabuhan darat+Pelabuhan Teluk Beibu+Terusan Pinglu” dan “Laos-Pelabuhan Vietnam-Pelabuhan Teluk Beibu-Terusan Pinglu”.

Foto dron bertarikh 7 September ini memperlihatkan kapal kontena Beigang Nanning Borun yang berdaftar di Panama belayar ke hulu di Terusan Pinglu. (Xinhua/Zhang Ailin)

Foto dron bertarikh 7 September ini memperlihatkan kapal kontena Beigang Nanning Borun yang berdaftar di Panama belayar ke hulu di Terusan Pinglu. (Xinhua/Zhang Ailin)

Pembukaan saluran baharu ini kepada pasaran baharu juga memupuk industri, pelaburan dan kolaborasi baharu.

Di Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia, Maimai Digital Intelligence Technology Guangxi telah pun melancarkan usaha sama “dua negara, dua taman, dua ibu pejabat” antara China dan Malaysia, bahkan menerima tempahan lebih sepuluh ribu robot pertanian khas daripada pihak Malaysia. Syarikat itu merancang memanfaatkan Terusan Pinglu untuk memperluas lagi perniagaan di ASEAN dalam AI pertanian, robot khas, dan taman pertanian pintar.

Video

Berita Berkaitan