Pengalaman Tadbir Urus PKC Secara Ketat Dikongsi Dunia sebagai Rujukan Awam

(CRI)Ahad 01 November 2026

Sidang Sleno ke-5 Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) ke-20 yang diadakan pada 26 hingga 29 Oktober lalu merupakan satu jendela bagi masyarakat antarabangsa untuk mendapat pendedahan dan memahami "tadbir urus PKC" dan "pentadbiran negara China".

"Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC Berhubung Usaha Berterusan dalam Memperkasakan Tadbir Urus Parti Secara Komprehensif dan Ketat" sebagai hasil terpenting yang dicapai sidang pleno tersebut, amat menarik perhatian umum kerana mempunyai agenda strategik yang jelas untuk usaha berkenaan.

Profesor Madya Anthony Moretti dari Universiti Robert Morris Amerika Syarikat (AS) mengatakan setelah membaca dokumen tersebut bahawa beliau memahami perpaduan dan asas yang kukuh dalam PKC adalah berdasarkan disiplin yang ketat, yang berfiungsi sebagai jaminan kepada China dalam memperjuangkan matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) baharu dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

Sejak Kongres Kebangsaan PKC ke-20, badan-badan pemeriksaan disiplin dan penyeliaan seluruh negara telah mendaftar lebih 8.1 juta kes dan menjatuhkan hukuman kepada lebih 7.9 juta orang yang disabit salah.

Pencapaian itu membolehkan masyarakat antarabangsa menyaksikan ketabahan dan keupayaan PKC dalam bidang anti rasuah serta menyediakan pengalaman yang berharga kepada dunia dalam bidang tersebut.

Terdapat semakin banyak parti di pelbagai negara cenderung menimba pengalaman China dalam bidang anti rasuah, manakala pengalaman praktikal PKC dalam memajukan tadbir urus dalaman secara menyeluruh dan ketat juga dikongsi dunia sebagai rujukan awam yang semakin popular.

Video