- Lain-lain
China, Arab Saudi Komited Perkukuh Hubungan, Mahu Ketegangan Teluk Reda

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara merangkap Penasihat Keselamatan Arab Saudi, Musaed bin Mohammed Al-Aiban di Beijing pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, Wang berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi memacu hubungan dua hala ke arah kemajuan yang lebih berterusan.
Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai situasi semasa di Asia Barat dan rantau Teluk.
Wang menyuarakan harapan agar semua pihak terbabit dapat meredakan ketegangan serta menyelesaikan pertikaian menerusi dialog dan rundingan.
Katanya, langkah tersebut penting bagi memastikan keselamatan tenaga serta laluan pelayaran di rantau berkenaan sentiasa terpelihara.
Beliau menambah bahawa negara-negara di rantau itu perlu meningkatkan persefahaman, membina semula kepercayaan, membaiki hubungan, hidup bersama secara harmoni serta mewujudkan seni bina keselamatan baharu yang memenuhi kepentingan jangka panjang rakyat melalui permuafakatan.
- China, Arab Saudi Komited Menyumbang kepada Peredaan Situasi di Asia Barat
- Xi Berbincang Bersama Putera Mahkota Arab Saudi
- Pegawai China, UAE Bincang Situasi Semasa Asia Barat
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temu Menteri Luar Arab Saudi
- Persahabatan Arab-China Kukuh Berdasarkan Kerjasama Erat dan Boleh Dijangka
- Raja Jordan Terima Kunjungan Menteri Luar China
- Putera Mahkota Arab Saudi Terima Kunjungan Menteri Luar China
- Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab Lebih Erat - PM Li Qiang
- China Sedia Rapatkan Kerjasama dengan Arab Saudi, Kata PM Li Qiang
- China, Arab Saudi Saksikan Lonjakan Besar dalam Kerjasama - PM Li
- Li Qiang Bakal Lawat Arab Saudi, UAE




