Xi Tahniah Iliana Iotova atas Terpilih sebagai Presiden Bulgaria

(CRI)Isnin 09 November 2026

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusann tahniah kepada Iliana Iotova atas pemilihannya sebagai Presiden Republik Bulgaria.

Beliau berkata Bulgaria merupakan negara kedua di dunia yang menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China sejak penubuhannya, dengan kedua-dua negara berteraskan prinsip saling menghormati, layanan sama rata dan kerjasama saling menguntungkan.

Menurut Xi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pertukaran dan kerjasama antara China dan Bulgaria di pelbagai peringkat berkembang pada tahap yang sangat positif dan stabil, sekali gus sekali gus memperkayakan lagi hubungan perkongsian strategik antara kedua-dua negara.

"Saya mementingkan perkembangan hubungan bilateral, dan sanggup bersama Presiden Iotova untuk membimbing kedua-dua negara maju dalam laluan pembangunan masing-masing, membina hubungan dua hala yang lebih proaktif, pragmatik dan dinamik, serta memberi manfaat kepada rakyat antara satu sama lain," kata Xi.

Video

Berita Berkaitan