China Mahu Jadi Rakan Strategik Bulgaria, Pergiat Hubungan dengan Eropah

(CRI)Selasa 20 Oktober 2026

China bersedia berkerjasama dengan Bulgaria dalam memanfaatkan peluang baharu bagi memperkukuh perkongsian strategik pembangunan kedua-dua negara, meningkatkan kesalinghubungan dalam kalangan negara-negara Eurasia serta mempertahankan prinsip multilateralisme.

Ini sekali gus mempergiatkan hubungan China-Eropah untuk terus berkembangan ke arah yang lebih positif melalui jalinan China-Bulgaria yang bersifat lebih proaktif, pragmatik dan penuh dinamik.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemu bual wartawan selepas rundingan dengan rakan sejawatnya dari Bulgaria, Velislava Petrova di Sofia, ibu negara Bulgaria pada Isnin.

Wang turut menggariskan empat pandangan utama hasil lawatannya ke Eurasia, dengan menekankan bahawa kepercayaan merupakan asas keamanan, persahabatan adalah aset yang amat berharga, manakala kerjasama menjadi pemacu kemajuan yang kukuh, dan perkongsian strategik merupakan matlamat bersama.

Wang turut menyatakan rasa gembira atas lawatannya ke Bulgaria yang menyaksikan beliau mengadakan pertemuan berasingan dengan Presiden Iliana Iotova, Perdana Menteri Rumen Radev dan Timbalan Perdana Menteri Alexander Poulev, selain mengadakan rundingan secara menyeluruh dan mendalam dengan Menteri Luar Velislava Petrova sehingga mencapai persefahaman luas antara kedua-dua pihak.

Dalam tempoh rangka lawatan ke Eurasia, Wang turut menghadiri Sidang Kemuncak ke-7 Persidangan Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) sebagai wakil khas Presiden China, Xi Jinping serta melakukan lawatan rasmi ke Azerbaijan, Croatia, Montenegro dan Bulgaria.

Video

Berita Berkaitan