Budaya Mazu Seribu tahun, Kekal Subur pada Era Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 16 November 2026

Patung batu Mazu di Pulau Meizhou. Foto oleh Cai Hao

Patung batu Mazu di Pulau Meizhou. Foto oleh Cai Hao

Dahulu kala, nelayan meredah ribut mencari rezeki, berpandukan amaran cuaca Mazu bahkan bergantung pada Mazu untuk melindungi mereka daripada bahaya di laut. Tibanya zaman kemajuan kegiatan dagang tepi pantai dan terusan, Mazu memainkan pula peranan pelindung laluan navigasi dan perdagangan. Apabila utusan dan pedagang merantau ke seberang laut, Mazu ikut bersama, melindungi kapal-kapal mereka.

Daripada sebuah kapal kepada seluruh lautan, daripada satu orang kepada semangat yang dikongsi bersama, setiap manifestasi Mazu mencerminkan respons kepada soalan-soalan pada zaman tersebut.

Jadi, apakah bentuk baharu Mazu masa kini?

Program latihan pengendali inap desa “Digital Mulan” telah menawarkan satu permulaan profesional kepada 160 wanita di luar bandar di Pulau Meizhou. Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa PKC Bandar Putian.

Program latihan pengendali inap desa “Digital Mulan” telah menawarkan satu permulaan profesional kepada 160 wanita di luar bandar di Pulau Meizhou. Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa PKC Bandar Putian.

Dari satu segi, inti pati budaya Mazu, yakni membantu orang lain, menjaga keamanan, dan kasih sayang yang tidak mementingkan diri, selari dengan nilai-nilai wanita moden: menghormati diri, yakin, berdikari, cekal, dan saling menyokong.

Kian hari kian ramai wanita yang mewarisi akar budaya tradisional ini, menghimpunkan kekuatan melalui cinta yang luhur; menyambut era digital untuk menginovasi dan menyokong pembangunan komprehensif wanita; menyuburkan pertukaran budaya dan persefahaman, di samping membina jambatan persahabatan antarabangsa menerusi tanggungjawab yang dipikul oleh kaum wanita.

Sebuah tabung kebajikan awam telah diasaskan pada Forum Budaya Mazu Global 2026. Foto ihsan pihak penganjur.

Sebuah tabung kebajikan awam telah diasaskan pada Forum Budaya Mazu Global 2026. Foto ihsan pihak penganjur.

Dari segi yang lain pula, semangat Mazu bergema dengan nilai-nilai Bulan Sabit Merah yang menjunjung “kemanusiaan, kasih sayang, dan dedikasi”. Pekerja Bulan Sabit Merah menerapkan nilai tradisional bantu-membantu dalam tindakan kemanusiaan konkrit, sekali gus menyumbang kebijaksanaan Timur untuk menambah baik tadbir urus kemanusiaan global dan menggalakkan wujudnya komuniti berkongsi masa depan sesama insan.

Dalam bidang teknologi, Mazu yang dulu terkenal kerana memahami cuaca, kini melambangkan kecerdasan meteorologi China. Pada masa ini, sistem amaran pintar cuaca MAZU telah dilancarkan di Pakistan, Ethiopia, Kepulauan Solomon, Jordan, Sri Lanka, Mongolia, Djibouti dan Nepal, manakala lebih 50 negara dan wilayah lagi dapat mengakses teknologi ini melalui platform awan (cloud platform).

Penyebaran dan evolusi semangat Mazu berpaksikan rasa hormat yang mendalam kepada insan, tekad untuk melindungi nilai nyawa, serta aspirasi terhadap sebuah dunia yang lebih baik. Untuk berkurun lamanya, masyarakat telah memainkan peranan yang cukup penting dalam memperkaya dan mencorakkan imej serta inti pati spiritual yang menjadi gambaran Mazu.

Video

Berita Berkaitan