- Lain-lain
Sedekad Forum Budaya Mazu Dunia: Putian Wariskan Semangat dan Pengaruh Global Mazu
![]() |
Patung Mazu di Pulau Meizhou, Putian. (Gambar ihsan Kawasan Peranginan Pelancongan Nasional Pulau Meizhou) |
Terletak di pesisir timur provinsi Fujian, bandar Putian ialah asal usul kepada semangat Mazu yang berteraskan nilai “Berbudi, Beramal dan Cinta Sejagat” selama lebih seribu tahun. Tahun ini, Putian bersiap sedia menjadi tuan rumah Forum Budaya Mazu Sedunia edisi ke-10. Selama lebih seribu tahun, kota ini menjadi nadi kepada warisan Mazu, tokoh yang dihormati sebagai “Dewi Laut dari Timur”, dan kini memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengaruh budaya tersebut pada peringkat global.
Mazu, atau nama asalnya Lin Mo, dilahirkan di Putian pada tahun 960 Masihi. Beliau dikenang kerana jasa dan keberaniannya menyelamatkan nelayan di laut. Dari Pulau Meizhou, budaya Mazu berkembang menjadi warisan penting dalam kebudayaan Cina dan tamadun maritim dunia.
Dikenali sebagai “Dewi Laut dari Timur”, pengaruh Mazu telah tersebar ke seluruh dunia seiring dengan aktiviti perantauan masyarakat Cina.
Pepatah lama menyebut. “Di mana ada air laut, di situ ada orang Cina; di mana ada orang Cina, di situ ada Mazu.”
Kini, terdapat lebih 11,000 kuil Mazu di 50 negara dan wilayah, dengan lebih 300 juta penganut di seluruh dunia. Pada tahun 2009, kepercayaan dan adat Mazu diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan, menjadikannya simbol budaya bersama bagi masyarakat Cina sedunia.
Ditubuhkan pada tahun 2016, Forum Budaya Mazu Sedunia telah menjadi platform antarabangsa penting dalam mempromosikan budaya Mazu dan memperkukuh dialog antara tamadun. Jumlah penyertaan meningkat pesat iaitu, daripada lebih 300 peserta pada edisi pertama, kepada hampir 1,500 peserta dari 41 negara dan wilayah dalam edisi terkini. Forum ini memainkan peranan penting dalam memperkaya dan memodenkan warisan Mazu seiring dengan perkembangan zaman.
Edisi ke-10 forum ini membawa tema “Nasib yang Dikongsi, Keharmonian dalam Kewujudan Bersama”, menekankan usaha menggunakan budaya Mazu sebagai jambatan untuk memperkukuh persefahaman dan keamanan global, serta menampilkan kebijaksanaan China dalam memajukan pembangunan sejagat.
Budaya Mazu juga menjadi pengikat rohani antara masyarakat di tanah besar China dan Taiwan. Di Taiwan terdapat lebih 3,000 institusi budaya Mazu, dengan penganutnya merangkumi hampir dua pertiga penduduk pulau itu. Putian pula menjadi pelopor dengan menggubal piawaian rentas-selat pertama berkaitan budaya Mazu, serta menubuhkan Institut Penyelidikan Bersama bagi Komunikasi Budaya, bagi memperkukuh akar budaya bangsa Cina.
Tahun ini, Pentadbiran Meteorologi China memperkenalkan sistem amaran awal “MAZU”, yang melambangkan misi baharu budaya Mazu dalam kerjasama rentas sempadan untuk pencegahan bencana. Inisiatif ini mencerminkan gabungan harmoni antara budaya tradisional China dan teknologi moden.
Selepas menempuh perjalanan selama seribu tahun, budaya Mazu kini menjadi jambatan budaya penting dalam rangka “Jalur dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21”. Menjelang berlangsungnya Forum Budaya Mazu Sedunia ke-10, Putian mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia dengan tangan terbuka untuk berkunjung ke tanah kelahiran Mazu, menikmati keindahan alam dan warisan budayanya, serta bersama-sama mencipta babak baharu dalam sejarah pertukaran tamadun dunia.
- Wanita Hui’an Pelihara Tradisi Tangkap Ikan Purba di Fujian
- Tradisi Bunga Sanggul Rambut Bermekaran di Kampung Nelayan Quanzhou
- CIFIT ke-25 Buka Tirai Hari ini
- Pemulihan Pokok Bakau Bawa Manfaat Ekonomi di Fujian
- Ayuh Terokai Tulou di Fujian!
- Industri Abalone Semakin Rancak di Kaunti Lianjiang
- Azalea Jana Kekayaan Buat Pekan Kecil di Barat Fujian
- Bagaimana menempuh jalan kebangkitan desa di Fujian? Berikut petikan ucapan Xi Jinping
- Nelayan Aojiao Pulang Bawa Tangkapan Lumayan
- Pemandangan Matahari Terbit Tarik Pengunjung ke Aojiao