- Lain-lain
Budaya Mazu, Popular Biarpun Lebih Seribu Tahun
Biarpun sudah lebih seribu tahun, budaya Mazu masih lagi hidup, malahan dianggap salah satu simbol kebudayaan penting yang menghubungkan masa lampau dan masa kini, menyambungkan China dan dunia.
Hari ini, dewi laut yang berasal dari provinsi Fujian ini dapat dilihat “meronda” di jalanan pada kad-kad pengenalan, menjadi buah mulut di media sosial, bahkan ditransformasikan menjadi avatar berilhamkan animasi. Tambahan lagi, melalui inisiatif seperti “Bilik Pengantaraan Mazu”, terintegrasinya budaya Mazu dalam tadbir urus akar umbi, jelas memperlihatkan pengaruhnya yang lama bertahan.

Patung Mazu di Pulau Meizhou, Putian. Foto oleh Lin Chunsheng
Mazu, nama asalnya Lin Mo, lahir pada tahun 960. Beliau mahir dalam astronomi, pelayaran dan perubatan, dan sering membantu nelayan. Beliau meninggal dunia pada usia 28 tahun ketika menyelamatkan orang yang mengalami bahaya di laut.
Masa berlalu, satu demi satu darjah kebesaran dikurniakan menerusi 36 dekri maharaja zaman demi zaman, namun semangat Mazu yang mengagungkan “kejujuran, kemurahan hati, dan kasih sayang” tetap tidak pudar.
Prof Meng Man dari Universiti Minzu China menekankan bahawa dalam karya-karya moden seperti komik, Mazu berjaya menambat hati Generasi Z dengan imej baharu yang menggambarkan sifat orang yang tinggi ilmu dan mudah didekati. Beginilah caranya ekspresi inovatif memangkinkan pewarisan budaya.
Mazu merupakan kampung halaman spiritual yang dikongsi oleh saudara setanah air di kedua-dua belah Selat Taiwan. Sejak Taiwan membuka penerbangan terus ke Meizhou pada 1989, perarakan kuil Mazu telah menjadi satu acara rakyat penting yang menyuburkan ikatan hati ke hati sesama saudara di kedua-dua belah.

Setiap tahun, ramai pengikut dari dalam dan luar negara berkunjung ke Meizhou untuk memuja Mazu. Foto oleh Lin Ying, People's Daily Online
Pada masa yang sama, budaya Mazu juga sudah terserap dalam bidang-bidang seperti teknologi dan ekologi. Diberikan nama sempena Mazu, satu per satu sistem amaran awal, model ramalan marin dan satelit pengesan telah dibangunkan. Manakala, Forum Budaya Mazu Dunia menjadi wadah perbincangan pelbagai topik termasuk warisan budaya dan tenaga hijau.
Daripada pelayaran Cheng Ho kepada Inisiatif Jalur dan Laluan, budaya Mazu merancakkan pertukaran budaya, menyumbang kepada pembinaan sebuah komuniti berkongsi masa depan sesama insan, dan menawarkan kearifan China kepada tadbir urus lautan sejagat.

Pada Forum Budaya Mazu Dunia ke-10 di provinsi Fujian, China secara rasminya mengumumkan nama satelit pengesan angin dan ombak laut pertamanya “Mazu”, yang pelancarannya dijadualkan pada 2027. Foto oleh Lin Ying, People's Daily Online




