Shenzhen, Pengeluar 42% Jam Tangan Global (10)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 15 November 2022
Shenzhen, Pengeluar 42% Jam Tangan Global

Statistik menunjukkan sebanyak 80% jam tangan yang dikeluarkan di seluruh dunia adalah buatan China. Daripadanya, 53 peratus dikeluarkan dari bandar Shenzhen, provinsi Guangdong yang juga digelar sebagai “Ibu Kota Jam China”. Output Shenzhen dalam aspek ini mewakili sekitar 42 peratus hasil pengeluaran global.

Industri jam di Shenzhen yang kini diiktiraf sebagai yang terbaik di seluruh negara mula berkembang susulan pemindahan industri perkilangan dari Hong Kong ke Tanah Besar selepas pelancaran dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Pengelompokan industri merupakan faktor penting yang membawa kepada kejayaan industri jam tangan di Shenzhen. Dilaporkan, lebih 95 peratus perkakasan jam tangan buatan Shenzhen dihasilkan secara tempatan. Rantaian industri yang menyeluruh telah dibentuk di bandar tersebut.

Setakat ini, Shenzhen telah melahirkan lebih 200 jenama jam atau jam tangan, termasuk FIYTA. Jualan jenama Shenzhen menyumbang 70 peratus kepada keseluruhan jualan jenama China. Antaranya, beberapa jenama telah menembusi pasaran Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara.

“Jam tangan bertema aeroangkasa keluaran FIYTA telah dibawa ke angkasa lepas sebanyak sembilan kali oleh angkasawan China,” ujar timbalan pengurus besar FIYTA. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan