Ghana Tundukkan Korea Selatan

(CRI)Selasa 29 November 2022

Dalam pusingan kedua kumpulan H Piala Dunia di Qatar, Ghana berjaya menewaskan Korea Selatan dengan skor 3-2.

Dua gol dari Mohammed Kudus pada minit 33 dan 67 serta satu gol dari Mohammed Salisu memastikan kemenangan pertama buat Ghana.

Bagi Korea Selatan, dua gol dijaringkan Cho Gue Sung (m-57 dan m-60) masih belum mencukupi buat mereka untuk menghalang Ghana daripada meraih mata penuh.

Kini, Korea Selatan dengan terkumpul satu mata, akan berhadapan dengan pendahulu kumpulan H iaitu Portugal. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan