- Lain-lain
Perancis ke Final Piala Dunia
![]() |
Perlawanan Perancis vs. Maghribi dalam separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 berlangsung (foto: Xinhua) |
Perancis mara ke final Piala Dunia 2022 dan bakal menentang Argentina pada 18 Disember selepas memperoleh kemenangan 2-0 mengatasi Maghribi dalam peringkat separuh akhir.
Theo Hernandez menjaringkan gol pertama Perancis dari sudut ketat pada minit kelima dengan kerjasama hebat Antoine Griezmann.
Dalam separuh masa pertama, Maghribi hampir menyamakan kedudukan menerusi tendangan sudut Jawad El Yamiq, tetapi malangnya, percubaan itu terkena tiang lalu ditepis Lloris.
Separuh masa kedua menyaksikan Maghribi membangkitkan semangat mencari jaringan penyamaan sekali gus memaksa pertahanan Perancis bekerja keras dalam kawasan kotak penalti mereka.
Hanya beberapa minit selepas Randal Kolo Muani menggantikan Ousmane Dembele, dia menambah goal kedua Perancis pada minit ke-79 dari sudut jauh dengan kerjasama Marcus Thuram dan Kylian Mbappe.
Maghribi terus mencari gol tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Pemain Perancis meraikan kemenangan mereka manakala pemain Maghribi juga menerima tepukan gemuruh daripada peminat yang tidak henti-henti bersorak memberikan galakan dalam Piala Dunia Qatar 2022.
- Maghribi, ‘Kuda Hitam’ Piala Dunia 2022
- Syarikat China Untung Besar di Piala Dunia
- Ghana Tundukkan Korea Selatan
- Impian Bola Sepak Semarak di Dataran Tinggi
- Elemen Sains, Teknologi Penuhi Piala Dunia Qatar
- Beg Media Olimpik Beijing di Piala Dunia Qatar 2022
- Piala Dunia 2022 Buka Tirai di Qatar
- ‘Buatan China’ Bantu ‘Piala Dunia Hijau’ di Qatar
- Piala Dunia Qatar 2022 Buka Tirai